“Kata sayang”- Ini rupanya disebalik tabir babak lucu Zara Zya & Saharul

Selain drama serius yang ditayangkan menerusi kaca televisyen, kebanyakan penonton juga suka layan drama tempatan yang lucu dan antara pelakon yang membawa perwatakan seperti itu, Zara Zya antara yang disukai.

Baru-baru ini, dialog spontan daripada pelakon utama drama berjudul Mr. Bibik yang membabitkan dirinya nak makan udang itu nampaknya menjadi satu fenomena dengan gelagat lucu Zara Zya dalam drama tersebut.

Dalam pada itu, nampaknya disebalik tabir babak Mr. Bibik yang memaparkan kelakuan lucu Zara Zya sebagai Auliah manakala Saharul Ridzwan sebagai Firash juga tular dengan menjadi bualan peminat.

Mana tidaknya, dalam disebalik tabir babak Mr. Bibik lakonan Zara Zya dan Saharul Ridzwan itu mengundang tawa ramai dan rupa-rupanya kedua-dua pelakon itu sendiri tidak dapat menahan ketawa.

Lalu menjengah ke ruangan komen, bakat lakonan mereka menerima pujian penonton terutama Zara Zya yang sememangnya tidak mengecewakan apabila membawa watak lucu dan selamba.

Lanjutan daripada komen-komen netizen di hantaran video tersebut pula, rata-ratanya juga masih merasa terhibur selepas menonton disebalik tabir lakonan mereka itu.

Video dibawah:

“Dia orang pun nak tahan gelak gak sebenarnya…”

“Tiga-tiga ni artis cerita Love You Mr Arrogant”

“Kan memang minat…”

Terdahulu, Zara Zya dikaitkan dengan hubungan dengan pemilik empayar kosmetik Datuk Alha Alfa.

“Saya kenal Alha sejak kira-kira lapan tahun lalu. Kami kawan baik, jadi apabila netizen kata muka kami sama dan mendoakan kami bersama, saya tak tahu nak cakap apa.

“Saya gembira apabila orang mendoakan yang baik-baik untuk saya, tapi tidaklah ke arah itu,” katanya.

“Saya tidak memilih. Bagi saya, cukup dia bekerjaya, boleh menampung saya sampai hari tua dan membimbing saya dunia dan akhirat,” katanya pada sidang media drama bersiri Mr Bibik secara virtual, petang semalam.

“Saya mengaku sudah lama tidak berlakon drama. Di laman sosial pun ramai bertanya sama ada saya masih berlakon atau tidak.

“Di televisyen (TV) pun, hanya ada siaran ulangan drama lakonan saya.

“Jadi apabila saya tampil dengan Mr Bibik, ramai teruja. Saya gembira dapat kembali menghiburkan peminat yang menanti-nantikan lakonan saya,” katanya.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*