Setiap wanita bergelar ibu pasti menghadapi pelbagai cabaran dalam membesarkan anak-anak. Tambahan lagi apabila ada yang terpaksa berkejar masa untuk pergi kerja sambil menguruskan anak.

Begitulah seperti kisah seorang ibu bergelar jururawat ini yang tular di aplikasi TikTok di mana dia terpaksa mengejutkan anaknya lebih awal untuk menghantarnya ke sekolah sebelum bergerak ke tempat kerja setiap hari.

kasih ibu sampai syurga gigih bangun awal sampai siapkan anak dalam kereta sebelum pergi kerja 60729ac42e33f

kasih ibu sampai syurga gigih bangun awal sampai siapkan anak dalam kereta sebelum pergi kerja 60729ac4d4720

Video :

Menerusi video berkenaan, kelihatan wanita itu dan anaknya sudah memakai uniform lengkap di dalam kereta. Si ibu mengenakan pakaian jururawat manakala anaknya memakai baju sekolah.

Dalam pada itu, anaknya dilihat masih tidur kepenatan di atas pangkuan sementara si ibu menyiapkannya untuk pergi ke sekolah.

“Setiap hari macam ni lah. ‘Rushing’ nak kerja, jadi akan siapkan anak dalam kereta. Anak pun terpaksa bangun awal. Jarak rumah ke tempat kerja 30km lebih. Semoga urusan kita dipermudahkan,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Besar nanti dia tahu hargai ibu bapa

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut merasai cabaran seperti wanita berkenaan. Selain itu, ramai yang kagum melihat kegigihan seorang wanita bernama ibu.

kasih ibu sampai syurga gigih bangun awal sampai siapkan anak dalam kereta sebelum pergi kerja 60729ac57610a

Kasihan anak terpaksa bangun awal

kasih ibu sampai syurga gigih bangun awal sampai siapkan anak dalam kereta sebelum pergi kerja 60729ac66c634

kasih ibu sampai syurga gigih bangun awal sampai siapkan anak dalam kereta sebelum pergi kerja 60729ac76aa92

Tak dinafikan lagi, insan bergelar ibu bapa rela berkorban masa dan tenaga demi mencari sesuap rezeki untuk kesenangan seisi keluarga.

Justeru itu, sebagai seorang anak kita dituntut untuk berbuat baik serta menghormati mereka sentiasa.

“Manusia itu asalnya dari tanah, makan hasil tanah, berdiri di atas tanah, akan kembali ke tanah. Kenapa masih bersifat langit?” – Hamka

Sumber: TikTok @uyunisa32 via mediabawang

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Previous articleAkim Dan Search Baru Nak Mula Bvat Persembahan Live, Sekali P0lis Datang
Next article‘Pergi dalam usia yang cantik, amal ilmu yang cantik’ – Pelakon Ali Set4n, Azmil Mustapha men1ngg4l dunia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here