Connect with us

info

Kasih Anak Hingga Ke Liang Lahad, Rebah Selepas Selesai Menguruskan Pengebumian Ibunya

Published

on

“Ketika di hospital abang menepuk belakang badan saya dan beritahu supaya menjadi lelaki yang kuat kerana selepas ini saya yang akan menjadi ketua keluarga.

“Saya tak sangka kata-katanya itu nasihat terakhir daripadanya sebelum dia rebah selepas kira-kira satu jam selesai menguruskan pengebumian ibu,” kata Mohd Shari Saidin, 33, yang kehilangan abang sulungnya Shuhaimi Saidin, 43, di kediaman mereka di Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar, akibat sesak nafas selepas sejam jenazah ibu mereka, Ishah Kasa, 65, dikebumikan, Sabtu lalu.

Menurutnya, kejadian berlaku meruntun hati mereka sekeluarga kerana bukan saja kehilangan ibu malah abang tersayang pada hari yang sama.

Mohd Shari berkata, arwah abang sulungnya itu seorang yang penyayang dan seorang bertanggungjawab terhadap keperluan arwah ibu serta hubungan mereka amat rapat.

Anak keempat dari enam beradik itu berkata, ketika jenazah ibu mereka masih di hospital, arwah abangnya sempat menasihatinya supaya menjadi ketua keluarga yang kuat selepas pemergian ibunya.

“Ibu sebelum itu disahkan meninggal dunia pada Jumaat petang, saya sebak dan terlalu sedih kerana ibu pergi ketika dia terlantar bersendirian di atas katil dalam wad,” katanya.

Mohd Shari berkata, abangnya itu tidak menunjukkan sebarang tanda pelik sebelum pergi dan mereka bersama-sama mengebumikan jenazah ibu mereka.

“Sewaktu pengebumian itu, arwah abang paling berusaha keras dari awal dengan menguruskan mandi jenazah ibu sehinggalah ke proses pengebumian.

“Memang dia ada sejarah sakit kencing manis dan darah tinggi, tetapi tidak sangka dia meninggal dunia dalam keadaan begini,” katanya.

Menceritakan detik pilu itu, Mohd Shari berkata, ketika kejadian Shuhaimi mengadu sakit dada dan mengatakan pandangannya bertukar gelap sebelum rebah pada jam 11.30 pagi.

“Sewaktu tiba ke hospital, doktor berusaha sedaya upaya menyelamatkannya namun Allah lebih sayangkan dia.

“Arwah abang meninggalkan isteri yang bekerja di sebuah sekolah di Perak bersama empat anak berusia antara empat hingga 17 tahun.

“Mudah mudahan urusan keluarga abang dipermudahkan selepas ini,” katanya.

Jenazah Shuhaimi dikebumikan pada jam 6 petang hari sama berhampiran kubur arwah ibunya di Tanah Perkuburan Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar.

Dah baca, sila share dan komen yang baik baik. Terima kasih

Sumber: HM

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara