Pembukaan 1 Disember hari ini diiringi air mata apabila kartunis animasi dakwah Artotoise, saudara Mohamad Ikhsan Kamarudin (@ikhsanise Artortoise) telah mening.gal dunia pada 1.37 tengah malam tadi.
Pengumuman duka ini diumumkan menerusi laman Facebook rasmi Artortoise pagi ini.
“Sehubungan itu kami bagi pihak Artortoise ingin memohon ampun dan maaf kepada sesiapa yang mengenali beliau sekiranya Allahyarham ada terbuat salah silap atau ada karya-karya beliau yang meyinggung sesiapa, sama ada secara dan tidak sengaja,” katanya.
https://www.facebook.com/Artortoise/posts/3372211149522019
Justeru, pihak Artortoise memohon doa daripada semua pengikut dan peminatnya serta warganet agar urusan perjalanan ar.wah bertemu Penciptanya dipermudahkan.
Difahamkan, jena.zah akan dikebvmikan di Bandar Seri Putra, Kajang pagi ini.
“Terima kasih kerana sentiasa menyokong Artortoise selama ini. Insya-Allah Artortoise akan kembali semula suatu hari nanti,” tambahnya.
Mengimbas kembali, arwah Ikhsan sebelum ini menghidap kan.ser pangkal hidung tahap tiga, selain turut dimasukkan ke Hospital Selayang untuk menerima raw4tan bagi komplikasi Hepa.titis B sejak 22 Oktober lalu.
“Setakat ini (ketika itu), masih tiada perkembangan positif dan tahap kesihatannya semakin merosot disebabkan sistem pertahanan badannya yang sangat lemah selepas menjalani kemo.terapi untuk kan.ser,” jelas laman tersebut dalam satu hantaran pada 29 Oktober lalu.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : Siakap Keli