Connect with us

Entertainment

Kapal selam Indonesia ditemui, 53 kru KRI Nanggala-402 terk0rban

Published

on

BALI: Kapal selam tentera Indonesia, KRI Nanggala 402, ditemui pec4h di dasar laut di perairan Bali dengan kesemua 53 kru disahkan men1nggal dun1a.

Ketua Ketua Turus Tentera Laut Indonesia, Yudo Margono, mengesahkan serpihan kapal selam yang hilang Rabu lalu itu ditemui pec4h kepada tiga bahagian.

Ketua Tentera Indonesia, Hadi Tjahjanto, mengesahkan kepada wartawan bahawa kesemua 53 kru kapal selam berkenaan sudah men1nggal dun1a.

Pihak berkuasa berkata mereka menerima isyarat dari lokasi pada kedalaman lebih 800 meter awal pagi tadi dan menggunakan kapal selam penyelamat milik Singapura bagi mendapatkan pengesahan visual.

Tjahjanto berkata lebih banyak serpihan kapal selam KRI Nanggala 402 ditemui hari ini termasuk sebuah sauh dan sut keselamatan dipakai oleh kru.

Semalam Tentera Laut Indonesia memaklumkan penemuan serpihan daripada kapal selam KRI Nanggala 402. - Foto EPA

Semalam Tentera Laut Indonesia memaklumkan penemuan serpihan daripada kapal selam KRI Nanggala 402. – Foto EPA

Semalam, Tentera Laut Indonesia memaklumkan penemuan serpihan daripada kapal selam itu, termasuk barangan dari dalam aset itu, lalu mengesahkan ia tenggelam dan mengakhiri harapan menemui individu yang terselamat.

Antara barangan ditemui termasuklah serpihan sistem torpedo, sebotol minyak pelincir periskop serta sejadah yang digunakan untuk solat.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: BH

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara