Connect with us

Entertainment

“Kami Serius Mahu Berumah Tangga” – Dini Cari Duit Untuk Beli Rumah Impian Dengan Janna Nick

Published

on

Siapa sahaja yang tak tahu mengenai pasangan dua merpati sejoli iaitu Dini Schatzmann dan Janna Nick? Sentiasa berkongsi gambar bersama, pasangan itu nyata sedang hangat dilamun cinta.

Bagi membuktikan bahawa dia serius dalam persiapan buat masa hadapan, Dini dikhabarkan sedang dalam perancangan untuk membeli rumah idaman bersama Janna.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dini Schatzmann (@dinischatzmann)


Niat yang sudah lama tersimpan itu membuktikan bahawa dia bersungguh-sungguh mahu membawa hubungan mereka ke fasa berikutnya meskipun bukan dalam masa terdekat ini.

“Kami memang serius ingin mendirikan rumah tangga tetapi semua perancangan itu memerlukan masa yang panjang. Pada masa yang sama, kita dahulukan rumah impian.”

janna nick dan dini schatzmann

Bahkan Dini tidak malu berkongsi bahawa Janna merupakan pemangkin semangat supaya dia bekerja dengan lebih keras untuk merealisasikan impian itu.

“Buat masa ini saya kena kukuhkan kerjaya dan kewangan sebelum melangkah ke fasa itu. Paling penting kedua-dua belah keluarga tahu kami cukup serius dalam perhubungan.”

Pun begitu, pasangan berkenaan tidak mend3dahkan waktu spesifik mereka bakal menamatkan zaman bujang masing-masing. Buat masa ini, perancangan dan perniagaan yang menjadi keutamaan keduanya.

Sumber:biutifulnara

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Ariana Rose

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara