Connect with us

Entertainment

“Kami dalam fasa….” Setelah Lama Berdiam Diri, Puteri Sarah Dedah Keadaan Terkini Hubungan Dia Dgn Syamsul Yusof..

Published

on

SELEPAS beberapa bulan tidak tinggal sebumbung, pelakon, Puteri Sarah mengakui masih berhubung dengan suaminya yang juga pengarah filem Mun4fik, Syamsul Yusof demi anak-anak.

Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin mendedahkan dia dan Syamsul kini dalam fasa berbaik dan mengharapkan doa orang ramai supaya hubungan mereka kembali pulih.

“Kami masih berhubung dan kadang-kadang Syamsul datang bertemu anak-anak. Insya-Allah, kami dalam fasa berbaik, tapi dalam tempoh ini harapnya semua dapat berikan sokongan dan mendoakan yang terbaik. Jangan harap perkara bvruk berlaku.

“Sudah menjadi lumrah apabila seseorang j4tuh pasti akan ada individu yang bertepuk tangan, tapi saya tidak akan biarkan perkara itu berlaku,” katanya.

Tambah Sarah, dia dan Syamsul sudah mempunyai jalan penyelesaian dan berharap hubungan mereka kembali pulih.

SYUKUR rezeki tak putus-putus sejak tahun lalu. FOTO Rohanis Shukri

“Sebenarnya kami sudah ada jalan penyelesaian selepas berbincang dan mencari kesefahaman. Akan ada berita baik. Doakan yang terbaik saja buat kami,” katanya.

Mengakui tahun lalu adalah episod duka yang penuh cabaran dan kep4hitan apabila rumah tangga yang dibina hampir enam tahun lalu dikatakan dig4nggu orang ketiga, Sarah bagaimanapun enggan terus hanyut membuai perasaan s3dih sebaliknya ingin terus bangkit.

“Walaupun tahun lalu ada perkara bvruk berlaku dalam hidup saya, tapi Allah gantikan dengan rezeki yang mencurah-curah.

“Saya mengharapkan tahun ini akan menjadi tahun yang lebih baik buat saya. Saya juga kini sudah mula mengikuti kelas usrah setiap minggu.

“Bagi saya sebelum nak betulkan orang lain, saya perlu perbaiki diri terlebih dahulu. Alhamdulillah, setakat ini sudah tiga kali saya mengikuti kelas usrah dan banyak pengisian yang saya belajar.

“Malah sepanjang kelas terbabit hati saya jadi tenang mungkin apabila membabitkan majlis ilmu ini ada banyak malaikat dengan kita, jadi Tuhan beri ketenangan itu sehingga saya lupa mengenai hal dunia,” katanya.

Kembali berlakon

Siapa sangka, selepas enam tahun meningg4lkan bidang lakonan, Sarah kini dihujani pelbagai tawaran berlakon. Terbaharu dia bakal menjalani penggambaran drama 13 episod berjudul Ustazah Robotik untuk TV Al Hijrah.

“Permulaan tahun ini cukup baik untuk saya dan anak-anak. Syukur sangat apabila anak-anak saya bakal menjadi duta untuk satu produk bayi. Selain itu, saya juga dilantik sebagai duta barangan kemas, Siti Jewels.

“Mengenai karier seni, rezeki tak putus-putus sejak tahun lalu. Saya baharu saja selesai menjalani penggambaran drama Rindu Rahman untuk TV Okey serta drama episod berjudul Melastik Ke Hatimu serta telefilem Jangan Cvri Hati Saya,” katanya.

Biarpun sibuk dengan penggambaran, Sarah bagaimanapun akan memastikan anak-anaknya berada dalam keadaan baik dan tidak diabaikan.

“Kadang-kadang saya bawa anak ke lokasi penggambaran dan dijaga oleh pembantu peribadi saya. Kalau tak pun, selepas selesai penggambaran yang panjang saya akan bawa mereka bercuti. Baru-baru ini pun saya bawa mereka ke Pulau Pinang,” katanya.

Beralih mengenai pelantikannya sebagai duta produk barangan kemas, Siti Jewels, Sarah berkata, wanita dan emas sesuatu yang tidak boleh dipisahkan sehingga dirinya obses dengan barangan kemas.

“Dulu sebelum kahwin saya kurang gemar, tapi selepas berkahwin saya sudah mula suka dan ambil tahu mengenai manfaat membeli emas. Malah, saya juga akan sentiasa mengikuti trend rekaan terkini.

“Tambahan saya juga boleh kerap beli emas selepas ini untuk menghargai ejen dan stokis saya yang bertungkus-lumus membantu perniagaan saya,” katanya.

Sumber: Hm

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara