Walaupun pelawak dan pelakon Achey sering dipilih menjadi wajah atau duta sesuatu produk tempatan, dia berhasrat untuk terus maju dalam bidang perniagaan sendiri.

Achey berkata, selepas memahami serba sedikit selok-belok perniagaan dia bercadang untuk mengusahakan perniagaan kedai runcit tahun ini.

075758vygps2puitmbal29

Foto: IG

“Insya-Allah, saya memang sudah lama ingin menjalankan perniagaan kedai runcit. Contohnya Lan Solo pun ada kedai runcit. Tahun ini, banyak perancangan perniagaan yang terkandas. Sebelum ini saya cakap nak buka kedai aksesori motosikal, namun tidak dapat dilaksanakan sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Jadi untuk perniagaan kedai runcit, saya sudah tengok beberapa kawasan. Insya-Allah, doakan yang baik-baik,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk makanan, Palut’s Superhero di Puncak Alam, Shah Alam, Selangor baru- baru ini.

Hadir sama, Ketua Pengawai Eksekutif Palut’s Food Sdn. Bhd., Ridzuan Ansar.

Menurut Achey, dia belum mencapai status seorang jutawan, namun jika dihitung pendapatannya sejak mula berkecimpung dalam dunia seni, dia sudah bergelar seorang jutawan.

“Kalau dikira-kira dari tahun 2013, saya sudah jutawan tapi sejak kebelakangan ini susut sedikit pendapatan. Bukan hanya kesan daripada PKP, tapi saya banyak tanggungan terutama ibu bapa dan mentua.

“Adik-beradik pun kalau ada mas4lah kewangan saya akan tolong. Tapi, saya bukan boleh tolong semua. Saya akan tanya mereka sus4h dari segi apa, kalau boleh bantu saya akan bantu,” katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro, Cari

Previous article“Dah Tak L4rat Nasihatkan Dia”.. Kazar Ris4u Ira ‘M4in Cinta’ Dengan Suami 0rang..
Next articlePakai Baju Koy4k, Baru Je Kahwin Ayda Jebat Ded4h Perangai Sebenar suami

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here