Connect with us

Entertainment

‘Kal4h’ Dengan Pand3mik, Wanita Ini Cabut Semua Wall Di Butik Kesayangan Mahu Jual Semula kerabu Maggie

Published

on

RAKAMAN memaparkan seorang wanita membersihkan butiknya yang terp4ksa dihentikan operasi ternyata mengundang seb4k netizen.

Menurut Norliza Syamsurizal, 31, dia terk3san t3ruk sejak pand3mik C0vid-19 melanda sehingga tidak mampu untuk menyelamatkan butik pakaian dan kosmetik yang terletak di Seberang Takir, Terengganu.

Lebih pilu, butik itu sudah diusahakan sejak empat tahun lalu yang mana ia disifatkan sebagai salah satu impian paling besar dalam hidupnya.

“Saya dah empat tahun usahakan butik ini. Dulu ada ramai vendor, tapi mereka mula keluar sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan tahun lepas.

“Pada waktu itu saya masih bertahan. Saya cuba bawa masuk sendiri barang-barang ke dalam butik, sebagaimana yang diletakkan oleh vendor sebelum ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Tapi akhirnya terp4ksa tutup. Butik tu dah sebati dalam jiwa saya. S3dih sangat sebab niat saya buka butik untuk cari rezeki bantu keluarga, nak bagi kesenangan pada anak,” ujarnya.

Menurut Norliza, dia juga sempat membuat rakaman proses membersihkan butik itu pada Rabu petang dan tidak menyangka ia akan tular di TikTok.

norliza4

Norliza akui s3dih, namun tak putus semangat.

Tambah Norliza, dia semakin seb4k apabila membaca komen netizen yang memberikan semangat dan doa buatnya dalam menghadapi dugaan ini.

“Niat utama saya rakam video sebab nak simpan buat kenangan. Selama ini saya buat video baju-baju yang dijual, kali ni buat video bersihkan butik yang nak ditutup.

InsyaAllah saya tak patah semangat. Dulu saya dah pernah saksikan jatuh bangun mak ayah.

NORLIZA

“Bila cabut wallpaper butik, teringat empat tahun lepas ketika mula-mula buka. Masa tu abah banyak tolong saya bersihkan butik dan susun barang.

“Saya lagi ters3ntuh baca komen netizen. Mereka tak kenal siapa saya, tapi tetap beri doa dan kata-kata semangat.

“Ada juga peniaga lain yang kongsi kisah mereka di ruangan komen,” ujar ibu kepada seorang cahaya mata itu.

norliza2

Norliza mengusahakan butik sejak empat tahun lalu.

Dalam pada itu kata Norliza, dia masih menyewa premis butik berkenaan dan akan mengusahakan perniagaan lain dalam masa terdekat.

Menurutnya lagi, ibu bapanya sudah 30 tahun mengusahakan perniagaan makanan dan dia juga merancang untuk terjun ke bidang sama.

WhatsApp Image 2021-07-14 at 10.02.06 PM (1)

Ibu bapa Norliza sudah berpuluh tahun mengusahakan kedai makan.

“Mak saya orang Indonesia. Mak ayah memang berniaga kedai makan, jual nasi padang. Saya sendiri pun dah terbiasa tolong mereka sejak saya kecil lagi.

“Sebelum buka butik empat tahun lepas pun saya pernah jual kerabu Maggie. Sejak PKP tahun lepas pun saya jual kerabu Maggie juga, Alhamdulillah terjual 100 bungkus sehari.

“Jadi mak bagi cadangan untuk saya berniaga makanan. InsyaAllah butik yang ditutup itu akan ditukar menjadi kafe mini.

“Saya nak jual kerabu Maggie, ice blend, waffle dan oden. InsyaAllah saya tak patah semangat. Dulu saya dah pernah saksikan j4tuh bangun mak ayah dalam berniaga,” ujarnya lagi.

norliza3

Norliza rancang buka kafe mini di premis butik itu.

Bercerita mengenai dirinya, Norliza mempunyai seorang cahaya mata berusia empat tahun, manakala suaminya bertugas sebagai askar di Sabah.

Untuk rekod, video yang dikongsi Norliza di TikTok sehingga kini meraih lebih 230,000 tontonan.

 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Ariana Rose

Sumber:mstar

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara