PETALING JAYA – Penyanyi dan pelakon, Elyana mengesahkan penyak1it k4nser limfoma yang dihidapinya sejak hampir 10 tahun lalu kini hampir memasuki tahap lima.
Pemilik nama sebenar, Erneelya Elyana Emrizal, 33, berkata, kanser itu turut menyer4ang dan merebak ke beberapa org4n badannya seperti rahi1m, hati dan pangkal paha.
“Semasa saya dimasukkan ke hospital pada bulan lalu, doktor memaklumkan sel k4nser lama sudah berkurangan. Ia merupakan satu berita gembira buat saya.
“Namun begitu, doktor mendapati k4nser itu telah merebak ke bahagian lain iaitu rah1im, hati dan pada pangkal paha,” katanya kepada Kosmo!.
Penyanyi yang popular dengan lagu Kalis Rindu itu memberitahu, biarpun saiznya masih kecil, namun sekiranya membesar ia boleh memberi kesan pada tulangnya selain berisiko lumpvh.
Jelas Elyana, doktor mahu supaya raw4tan kem0terapi dilakukan secepat mungkin, namun prosedur tersebut terpaksa ditangguhkan berikutan keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan.
“Saya hilang selera makan sejak beberapa bulan lalu sehingga menyebabkan badan lemah dan kurus. Kini berat saya hanya 40 kilogram.
“Berilah waktu untuk saya kuat dahulu, Insya-Allah kalau diberi kesempatan saya akan melakukan kemoterapi secepat mungkin,” katanya yang kali terakhir melakukan rawatan itu pada 2016.
Biarpun berdepan masalah kesihatan, Elyana tidak mahu menampakkan dirinya sakit dan sentiasa ceria supaya dapat memberi motivasi bukan sahaja kepada dirinya sendiri, tetapi pesakit k4nser lain.
Elyana membuat pendedahan mengenai penyakit kanser limfoma tahap empat selepas tersingkir pada minggu kelima program realiti, Gegar Vaganza musim keempat (GV4) pada 2017.
Elyana telah mendirikan rumah tangga dan memiliki dua anak iaitu Cinta Sumayyah, 9, dan Cahaya Ramadhani, 1, yang merupakan anak angkat.
Sumber : KOSMO