Connect with us

Entertainment

Jual benda sama sebelah-menyebelah, pelanggan pilih kerumun satu gerai je… apa nasib warung dalam bulatan merah?

Published

on

RAMAI yang terjejas akibat pandemik Cov1d-19, dan antara cara untuk membolehkan mereka terus ‘bernafas’ adalah berniaga.

Namun, dunia perniagaan tidak boleh lari dari ujian dan cabaran, meskipun bisnes sekecil-kecil gerai.

Salah satu persaingan apabila beberapa peniaga menjual barang yang serupa, di lokasi yang sama.

Begitulah yang disuarakan oleh seorang pemuda menerusi satu perkongsian di grup Facebook sehingga menjadi tular.

“Apa pendapat anda tentang dua gerai yang sebelah-menyebelah, jual benda yang serupa, tapi gerai pertama macam tak ada orang, gerai kedua orang berses4k-ses4k beratur penuh?” tulis En Mohammads.

Situasi yang sering berlaku di gerai-gerai.

Menerusi perkongsian itu, turut dimuat naik sekeping foto yang memaparkan dua gerai yang beroperasi bersebelahan dengan salah satunya dibulat merah.

“Macam dalam gambar di atas tu, kasihan juga tengok gerai yang saya bulatkan merah tu, jual makanan yang serupa (nasi lemak dan kuih-muih), tapi beberapa kali saya tengok, hampir kosong. Manakala yang gerai satu lagi, orang sanggup berkerumun dan beratur,” katanya.

Menurut En Mohammads, keadaan itu juga mungkin disebabkan faktor psikologi yang mana sambutan pelanggan yang ditunjukkan di sesuatu premis mempengaruhi bakal pembeli lain.

“Bila orang nampak ramai orang beli, orang yang nak singgah pun akan target kedai yang ramai orang. Betul ke?

“Mungkin adalah sebab-sebabnya dari segi rasa atau pilihan dan sebagainya. Tapi kalau kita hadapi macam ni, kalau rasanya dua-dua sama sedap dan sama harga, mungkin sekali sekala kita semua support gerai yang kurang laku tu, kasihan juga dia,” katanya.

Posting yang dikongsikan di grub Viral Media Johor.

Dalam pada itu, dia juga tidak menolak kemungkinan terdapat kekurangan di gerai berkenaan sehingga membuatkannya tidak mendapat sambutan.

Bagaimanapun, dia menyarankan semua pihak untuk terus menyokong dengan membantu peniaga terbabit memperbaiki kualiti produk atau perkhidmatannya.

Cuba kita letakkan diri kita di tempat peniaga yang gerainya tak didatangi orang tu. Pasti sediih kan?

NETIZEN

“Kalau ada apa yang kurang kat dia, kita tegur dan nasihat secara baik supaya dia dapat perbaiki mana-mana yang patut. Moga kita sama-sama diredai Allah dan dimurahkan rezeki,” ujar En Mohammads.

Timbul pelbagai reaksi menerusi posting yang dikongsikan di grup Viral Media Johor, ada yang bersimpati dan ada yang memberi pandangan masing-masing mengenai perkara itu.

Antara komen netizen.

“Cuba kita letakkan diri kita di tempat peniaga yang gerainya tak didatangi orang tu. Pasti sediih kan? Jadi, sesekali support lah dia. Betul kata admin, kalau ada yang tak kena atau tak sedap ke, tegurlah dia dengan cara berhemah,” komen seorang netizen.

“Kalau sedap orang akan datang. Mahal sikit pun tidak mengapa. Segi kebersihan pun orang akan tengok juga,” kata netizen lain.

“Selalu bila dalam situasi macam ni, aku akan pilih yang tak ada orang. Sebab cepat, tak payah menunggu lama-lama. Paling penting jimat masa aku. Part sedap tak sedap tu jatuh nombor dua. Kalua dapat yang sedap, itu rezeki aku. Tak dapat yang tak kena tekak, masih tetap rezeki aku juga,” ujar seorang lagi memberikan pandangan.

Bagaimanapun, salah satu komen netizen mencvri tumpuan kerana pernah melalui situasi yang sama dan mempunyai cara tersendiri untuk mengatasinya.

“Aku pernah lalui. Cuma aku fikir bukan rezeki aku dengan cara berniaga macam tu. Aku berh3nti niaga sarapan tepi jalan. Buat COD (pembayaran tunai semasa serahan) pula.

“Alhamdulillah… tak banyak, tak sikit. Boleh tampung kehidupan,” katanya.

Sumber: mStar!

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara