Connect with us

Viral

“Jodoh dgan mualaf..” Doktor Dedah Suami Mualaf Alami 2 Mimpi Aneh Sbelum Mengucap Syahadah

Published

on

WANITA ini dipertemukan jodoh dengan seorang mualaf, tetapi suaminya itu telah terlebih dahulu memeluk agama Islam sebelum mereka mengenali antara satu sama lain.

Begitulah kisah hubungan pasangan suami isteri yang mendirikan rumah tangga pada 20 Mac 2015, seperti mana dikongsi menerusi video di aplikasi TikTok.

Menurut wanita itu, Dr Siti Hajar Md Hanif, suaminya memeluk agama Islam enam bulan sebelum mereka berkahwin dan tahun ini merupakan tahun ketujuh bergelar mualaf.

Dr Siti Hajar yang berusia 35 tahun memberitahu, suaminya sebelum ini pen.ga.nut Kris.tian, manakala ibu mentuanya beragama Hin.du dan bapa mentuanya juga men.ga.nut Kris.t.ian.

“Suami memeluk Islam bukan sebab nak berkahwin dengan saya. Masa tu kami belum kenal lagi. Tapi ia bermula pada usia suami 22 tahun selepas mengalami satu mimpi a.neh.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Masa tu suami merupakan pelajar tahun akhir di Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) di Kelantan. Dia mimpi nampak satu masjid yang sangat besar warna biru.

“Dia cuba berjalan ke arah masjid, tapi tak boleh melepasinya seperti di dunia yang lain sedangkan masjid di dunia realiti. Dia sebut nama Allah, dia akhirnya dapat masuk ke dunia realiti sebelum tersedar dari mimpi,” katanya kepada mStar.

suami mualaf 3

Dr Siti Hajar (kanan) dan suami bernikah pada 20 Mac 2015.

Menurut Dr Siti Hajar, dua tahun selepas itu suaminya terdetik hati membuat keputusan untuk memeluk agama Islam, iaitu beberapa bulan sebelum mereka mengenali antara satu sama lain di tempat kerja.

Namun katanya, dalam tempoh dua tahun itu, suaminya yang kini bernama Iskandar Chai Yoong Sang dan berusia 31 tahun sekali lagi didatangi mimpi an.eh.

“Masa mimpi pertama, suami tak ambil peduli dan anggap mungkin sekadar mimpi. Tak lama kemudian suami mimpi lagi, kali ini berjumpa dengan seorang lelaki berjubah putih.

“Dia bermimpi melihat sejumlah orang beratur ke satu pintu besar, dan lelaki berjubah itu memaklumkan ia merupakan laluan beratur untuk orang Islam,” tambahnya.

suami mualaf 4

Mengerjakan umrah selepas dua tahun berkahwin.

Menurut ibu kepada dua cahaya mata itu, suaminya ketika belajar sentiasa bergaul dengan masyarakat Melayu dan sentiasa menghormati budaya dan ajaran agama Islam.

“Suami selalu dengar laungan azan, dan akan ikut kawan-kawan ke masjid. Dia akan setia menunggu di luar masjid sampai kawan-kawan dia selesai solat.

“Dia juga belajar berpuasa apabila tiba bulan Ramadan sebagaimana kebanyakan rakan-rakannya,” katanya sambil menambah suaminya merupakan penolong pegawai perubatan.

suami mualaf 5

Dr Siti Hajar (kiri) bersama ibu dan bapa mentua.

Dr Hajar berkata, dia tertarik dengan keperibadian suaminya yang begitu penyayang, mengambil berat terhadap dirinya dan menjalinkan hubungan baik dengan keluarganya.

“Malah sampai sekarang pun hubungan suami dan famili dia tetap baik. Walaupun perbezaan agama, mak ayah tak ada pandang atas bawah, tak ada ber.sikap ra.sis,” katanya.

Bila suami masuk islam, saya perlu terima keluarganya yang bukan Islam. Saya terima mereka seadanya

DR SITI HAJAR MD HANIF

Selepas dua tahun berkahwin, dia dan suaminya berpeluang untuk mengerjakan umrah di tanah suci Makkah pada Februari 2017.

“Kami merancang untuk mengejarkan haji pada masa akan datang. Mungkin kami juga akan buat umrah lagi dan kali ini bersama anak-anak,” ujarnya sambil menambah suaminya boleh bertutur dalam bahasa Tamil, Mandarin, Kantonis dan Hakka selain bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.

suami mualaf 6

Dr Siti Hajar (kanan) bersama ibu bapanya serta keluarga mentuanya semasa perayaan Tahun Baharu Cina.

Sebagai isteri kepada seorang mua.laf, wanita itu berusaha yang terbaik untuk turut membantu suaminya mendalami ajaran Islam menerusi bimbangan guru agama.

“Bila suami masuk Islam, saya perlu terima keluarganya yang bukan Islam. Saya terima mereka seadanya,” katanya.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Sumber: Mstar

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara