Tak dinafikan bahawa keguguran adalah antara detik yang sukar untuk ditempuhi setiap wanita. Gara-gara bimbang kehilangan anak lagi, ada yang malah sanggup mengelakkan diri daripada kehamilan. Namun begitu, siapalah kita untuk menolak rezeki Yang Maha Esa. Sesungguhnya ada ramai wanita yang selamat menimang cahaya mata walaupun pernah melalui fasa tersebut termasuklah isteri Jep Sepahtu baru-baru ini.
Isteri Kongsi Detik Bersalin Anak Ke-4, Jep Pun Hampir Nangis Dalam Labour Room

Bersalin baby ke-4 daripada kandungan ke-6…masuk labour room subuh tapi ‘putera’ keluar lambat sikit

Menerusi Instagram, Sari Yanti berkongsi detik kelahiran bayi lelaki yang baru menginjak usia hari ke-10 semalam. Untuk pengetahuan semua, zuriat kali ini merupakan cahaya mata keenam selepas pelakon ‘Kisah Kaisara’ pernah mengalami keguguran sebanyak 2 kali. Walaupun pada awalnya dijangka bersalin pada tengah hari, namun Sari Yanti akui perlu berhempas-pulas terlebih dahulu sebelum selamat bersalin pada sebelah malam.

Isteri Kongsi Detik Bersalin Anak Ke-4, Jep Pun Hampir Nangis Dalam Labour Room
Isteri Kongsi Detik Bersalin Anak Ke-4, Jep Pun Hampir Nangis Dalam Labour Room
Isteri Kongsi Detik Bersalin Anak Ke-4, Jep Pun Hampir Nangis Dalam Labour Room<

Wajah suami risau campur sedih….terima kasih sebab bagi semangat

Meskipun telah dikurniakan 2 cahaya mata dalam perkahwinan terdahulu dan memperoleh Dariya Inara pada 2018, tapi Sari Yanti tetap mengakui bahawa pengalaman melahirkan anak kali ini bukan mudah. Malah dia turut tak dapat melupakan riak wajah Jep Sepahtu yang hampir menangis sepanjang menemaninya bertarung nyawa. Atas sebab itu juga, dia meluahkan rasa terharu kerana kehadiran suami sedikit sebanyak telah memberikan semangat dalam menempuh fasa berkenaan.

Isteri Kongsi Detik Bersalin Anak Ke-4, Jep Pun Hampir Nangis Dalam Labour Room
Isteri Kongsi Detik Bersalin Anak Ke-4, Jep Pun Hampir Nangis Dalam Labour Room

Pengalaman melahirkan dalam suasana pandemik…Alhamdulillah baby selamat dilahirkan

Walaupun kebanyakan ahli keluarga yang lain tak dapat hadir ke pusat rawatan gara-gara SOP sepanjang musim wabak ini, tapi Sari Yanti percaya berkat kiriman doa mereka tetap memudahkan urusannya tempoh hari. Mengakhiri perkongsiannya, selebriti berusia 36 tahun ini turut menzahirkan rasa syukur atas pengalaman dan rezeki indah tersebut.
Isteri Kongsi Detik Bersalin Anak Ke-4, Jep Pun Hampir Nangis Dalam Labour Room
Isteri Kongsi Detik Bersalin Anak Ke-4, Jep Pun Hampir Nangis Dalam Labour Room
Isteri Kongsi Detik Bersalin Anak Ke-4, Jep Pun Hampir Nangis Dalam Labour Room<

Sumber: Kisahdunia

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Previous articleUcapan Sweet Ebit Lew Pada Hari Lahir Isteri
Next articleUgut Cari Skandal Masa Bini Bertarung Nyawa, Tanah Masih Merah Dah Tuntut Harta

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here