Penyanyi, Ashira Aziz mendoakan agar suaminya, Bad Indigo terus kuat selepas diduga dengan pen.yakit ken.cing ma.nis kro.nik sehingga menyebabkan semua jari kaki sebelah kirinya di.po.tong.

Dalam hantaran dibuat Ashira di Instagram, penyanyi lagu Di Ombak Resah itu reda dengan setiap perancangan yang sudah ditetapkan Allah untuk kedua-dua mereka.

qwqwdqwf scaled

“Hidup kita mungkin tidak seperti yang kita rancangkan. Tapi, ia berjalan seperti mana yang sudah Allah tetapkan.

“Apa pun, Allah adalah sebaik-baik pengatur dan perancang. Jadi, kita teruskan berdoa. Semoga diberikan kesembuhan sepenuhnya, panjang umur, diperluaskan pintu rezeki, bahagia dunia akhirat,” tulisnya.

Menutup tulisannya dalam ruangan keterangan, Ashira mengucapkan rasa cinta kepada suaminya.

“Sayang kamu,” tulisnya.

Ashira juga memuat naik gambar suaminya ketika majlis akad nikah mereka, lengkap berbaju Melayu warna putih.

Gambar itu juga ditulis dengan doa daripadanya buat suami.

“Ya Allah. Jagalah dia. Kuatlah hati dan fikirannya, tubuh dan jiwanya. Permudahkan segala urusannya seperti yang Engkau mahukan. Amin,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AshiraGV7 (@ashiraaziz)

Komen Netizen:

photo 2021 10 13 13 58 11

Harian Metro sebelum ini melaporkan Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdulah mengakui dia memerlukan wang yang banyak untuk proses rawatan selepas semua jari kaki sebelah kirinya dipotong aki.bat penya.kit kencing manis kro.nik itu, pada September lalu.

waldwdwq

Bad ketika dihubungi berkata, dia perlu ke klinik untuk proses men.cuci luka dengan bayaran RM35 setiap kali rawatan.

“Saya ter.pak.sa lakukannya di klinik swas.ta kerana di klinik kerajaan te.rpaksa tunggu lama sedangkan saya memang tak larat untuk berbuat begitu,” katanya.

Bad berkata, proses mencuci luka itu perlu dilakukan selang sehari dan setiap minggu dia perlu memperuntukkan kira-kira RM140.

“Ia sesuatu yang sukar sedangkan saya tiada cara lagi untuk dapatkan wang kerana sudah setahun hilang pendapatan,” katanya kepada Harian Metro.

Bad berkata, dalam keadaan sekarang memang sukar untuk dia bekerja.

Pekerjaan saya dulu pun dalam pengendalian acara. Apabila berlaku pe.nular.an Co.vid-19, tiada acara dapat diadakan.

“Kalau ada pun, saya tak boleh bergerak. Satu lagi kepakaran saya ialah buat kertas kerja acara untuk orang, tapi malangnya acara pun tiada sekarang,” katanya.

Menurutnya, untuk menjual makanan pula dia tidak mempunyai kepakaran memasak, manakala untuk membuat ulasan berbayar dia tidak mempunyai pengikut yang ramai di media sosial.

“Saya juga minta tolong keluarga seperti kakak apa yang boleh dibantu. Mak pun banyak bantu dari segi kewangan. Siapa yang nak susahkan emak dan adik-beradik tapi dah ter.pak.sa. Dah tiada cara lain.

“Isteri saya, Ashira sebelum ini pernah menyanyi di platform MICO. Mula-mula okey tapi lama-kelamaan banyak syarat menyusahkan dan ter.pak.sa berhenti,” katanya.

Bad berkata, Ashira boleh menjana pendapatan kira-kira RM1,000 hingga RM1,200 sebulan ketika itu.

“Sekarang memang dah tiada langsung. Syukur buat masa ini kami tidak putus makanan lagi. Saya harap sangat ada kerja untuk cari pendapatan.

“Selepas ini saya bercadang untuk minta bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Sekurang-kurangnya dapatlah RM300 sebulan. Saya pun tak ki.sah jika dapat bantuan asnaf kerana sangat memerlukan wang,” katanya.

Bad berkata, dia kini bergantung kepada pengeluaran wang skim i-Citra menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menampung kehidupan.

lkwldwqwq scaled

“Ia cuma untuk lima bulan saja. Lepas itu entahlah, harapnya ada lagi sambungan. Wang itulah saya gunakan tanggung anak-anak, nafkah isteri dan membayar bil rawatan. Nasib baik untuk rawatan hos.pital saya dapat kad OK.U (Orang Kelainan Upaya) dalam sebulan, kira okeylah.

“Sebelum itu saya kena bayar ribuan ringgit. Untuk proses potong sepenuhnya jari kiri kaki saya di PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya) tiga minggu lalu pun dibiayai sepenuhnya untuk pembedahan. “Namun saya kena bergerak menggunakan perkhidmatan Grab untuk rawatan susulan. Status O.KU banyak membantu saya,” katanya.

Pembedahan itu juga membuatkan pergerakan Bad terbatas dan terpaksa menggunakan ‘walker’ kerana tidak boleh memijak lantai.

“Setengah tapak kaki kiri dipo.tong dan sebahagian kulit tapak kaki ditolak ke atas dan dija.hit, tapi lukanya terbuka. Itu yang sakit apabila memijak. Bila daging naik dan sebati dengan kulit baru okey.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Sumber: HM, Harian Metro, IG Bad Indigo, IG Ashira

Previous article[VIDEO] “Call ajk kahwin msa Birthday..” Saharul Ridzwan Dedah Bibit Cinta Brsama Isteri, Rupa-Rupanya..
Next article“Tiada r!but tiba-tiba..” Rumah Tangga Bermasalah?, Siti Saleha, Suami Muncul Di Mahkamah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here