“Saya tak pernah tanya atau perso4lkan. Saya cuma cakap dapatkan rehat secukupnya.”

Demikian kata pelakon Zul Ariffin, 35, apabila ditebak tentang perhubungan dan perjalanan rohaninya bersama Ebit Lew terutama selepas pendakwah bebas popular itu dihimpit pelbagai kontr0versi.

Zul yang bakal muncul dengan filem televisyen, Penungg4ng Agama 2 juga memahami, bahawa ramai yang sedang menantikan kebenaran untuk didedahkan namun bukan tugasnya atau orang lain untuk bercakap tentang perkara tersebut.

“Dia (Ebit Lew) sedang diuji. Tapi saya tidak berada dalam kedudukan untuk mengulas lanjut tentang apa yang berlaku.

“Bahkan, pertemuan saya dan dia diisi dengan persalaman, berborak, berkongsi ilmu, solat jemaah dan saya dengar apa yang dia nak cakap.

“Apa yang saya tahu, dia memberi layanan yang baik terhadap saya dan orang-orang yang dia temui. Perkara lain, saya tak ambil tahu,” katanya dalam temubual virtual kepada Kosmo! Online  sebentar tadi.

Dalam pada itu, bercakap tentang isu penungg4ng agama, satu watak yang diterjemahkan dalam naskhah arahan Syafiq Yusof itu, Zul berkata, ramai orang seperti itu dalam kehidupan sekarang.

“Saya rasa, ramai orang akan berjumpa penungg4ng agama sekurang-kurangnya sekali seminggu.

“Apa yang boleh saya cakap juga, orang bukan Islam, mereka tak baca al-Quran, sebaliknya, mereka (orang bukan Islam) baca perangai kita (orang Islam).

“Jadi, tunjukkanlah teladan yang baik. Jangan bersikap hip0krit. Pacak ‘tripod’ rakam tengah sembahyang, itu bukan saya. Senang cerita, jangan pergunakan agama untuk kepentingan sendiri,” ujarnya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin)

Terdahulu, Zul mula menunjukkan perubahan lebih mendekati agama sejak akhir-akhir ini. Menerusi beberapa perkongsian dalam Instagram, dia dilihat banyak menghabiskan masa dengan aktiviti meluaskan dakwah Islam bersama Ebit Lew.

Sumber: K! ONLINEIG Zul Ariffin, newspartnerlive

Previous articleBru Je Tiz Zaqyah Bosan Dgn Glongan Anti-Vak!sin, Sekali Ini Yg Tiz Dpat Msa Bercuti Di Pulau Langkawi
Next article“Saya Mahu 11 Org Anak Tapi Tak Kesampaian”- Siti Saleha Akhirnya Bercerai Selepas 4 Tahun Brkahwin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here