Connect with us

Entertainment

Jamal Abdillah Sempat Hiburkan Frontliners Usai Terima Vaksin Di PPV “Legend Telan Kaset ooo”- Netizen

Published

on

Penyanyi tersohor negara, Datuk Jamal Abdillah khabarnya sempat menghiburkan para petugas barisan hadapan serta penerima vaksin usai sahaja dia menerima dos pertama sunt1kan tersebut di Pusat Pemberian Vaks1n (PPV) bertempat di Seksyen 19, Shah Alam, Selangor.

Jamal juga turut berkongsikan momen tersebut menerusi akaun Instagramnya untuk tatapan pengguna media sosial.


Difahamkan, Jamal telah melantunkan lagu popularnya iaitu Kekasih Awal Dan Akhir untuk hiburan santai mereka yang ada di sana pada waktu itu.

Dia yang meluangkan masa hampir dua jam dilihat turut membawa keceriaan kepada frontliners yang sedang melaksanakan tugas hakiki masing-masing.


Dalam pada itu, Jamal dalam hantaran tersebut juga sempat mengucapkan terima kasih kepada pihak bertugas daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di samping menyeru ornag ramai khusunya golongan warga emas untuk sentiasa yakin dalam mengambil vaksin.

Jamal juga berharap agar pihak KKM mempercepatkan pemberian vaks1n kepada penduduk kampung agar imuniti kelompok dapat dicapai sesegera mungkin.

SUMBER : Instagram Jamal Abdillah

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Ariana Rose

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara