“Jaja Dgn Siti Saleha, Mana Pilihan Kau…” -Shukri Yahaya Beri Soalan Pada Bil Azali, Sekali Ini Respon Bil Azali

Shukri Yahaya merupakan seorang pelakon dan pengarah lelaki Malaysia. Beliau dilahirkan pada 13 Jun tahun 1988, berasal dari Kuala Lumpur. Memulakan kerjaya lakonannya pada tahun 2011 setelah bakatnya dicungkil pengarah Osman Ali menerusi filem Jiwa Taiko. Terkenal menerusi drama yang telah tular baru-baru ini iaitu 7 Hari Mencintaiku 3, merupakan kesinambungan drama 7 Hari Mencintaiku 2.

Bil Azali merupakan seorang pelakon dan model lelaki Malaysia. Beliau juga merupakan bekas peserta Pilih Kasih musim 2. Bakat beliau mula dikesan oleh pelakon, Rosyam Nor apabila beliau menjadi salah seorang daripada finalis rancangan pencarian bakat baharu bidang lakonan. Terkenal menerusi watak Zaidi di dalam drama 7 Hari Mencintaku, beliau bergandingan bersama Shukri Yahaya yang melakonkan watak sebagai Khuzairi.

Dalam video klip ini menunjukkan di mana Shukri Yahaya memberi soalan kepada beliau untuk membuat pilihan atas selebriti-selebriti wanita yang disebutkan olehnya. Namun reaksi Shukri Yahaya membuatkan orang ramai terhibur melihat gelagatnya yang secara spontan setelah Bil Azali memberi respon.

Lihat klip durasi pendek reaksi Shukri Yahaya:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DaebaKing (@daebakingz)

Lihat apa juga kata orang ramai:

@SITI SABRINA:syuk ni lepasni boleh jadi pencari jodoh dari mamu sampai ke zaidi hahahaha

@Pyka :dh alang² tu , suh syuk kenenkn sally ngn mamu , dua² bff die kan

@tg.farahana:ada lagii tu 2 org reean rahim dgn wan sharmilla pun bujanggg

@sisviiee:Hahahhahahha dalam ramai ramai kawan kita mesti ade sorang yang perangai macam ni

@AddinAzkaAzriqAya:dak la nie Shuk,Sally dgn Mamu pernah berlakon sekali dlm Ruby..hampa pun bff Kan..APA Kata hang ejas Sally kat Mamu

@Wattpaders:kalau aku, aku plih siti saleha kut. sbb dia mia adriana bin dato megat idris susah untuk didapati. sekali genggam memang ssh untuk dilepaskan.

Netizen turut memberi kata-kata yang positif diruangan komen, mengatakan terhibur melihat gelagat Shukri Yahaya setelah Bil Azali memberi respon tersebut. Perkongsian video klip di Tiktok ini dapat sambutan orang ramai sebanyak 935.5K penonton, 89.5K sukaan dan 168 komen.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Daebakingz, Wikipedia dan Tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*