Connect with us

Artis

Isu Nikah Erra Fazira, Menteri Ahmad Faizal Jawab Depan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim

Published

on

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menafikan beliau telah bernikah dengan selebriti terkenal, Erra Fazira seperti yang didakwa.

Ahmad Faizal turut menegaskan bahawa, seumur hidupnya beliau hanya pernah bernikah sekali dan amat bahagia bersama isteri serta anak-anaknya.

“51 tahun hidup, saya pertama kali dapat soalan begitu dan saya sebenarnya pernah bernikah sekali. Itu pun dengan isteri saya dan saya amat bahagia dengan isteri dan anak-anak saya” katanya.

Perkara itu dimaklumkan semasa beliau menjawab soalan oleh Senator Datuk Razali Idris yang mahu mendapat kepastian susulan tular dakwaan kononnya Ahmad Faizal bernikah dengan Erra Fazira.

Meskipun pada mulanya, Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim tidak membenarkan Ahmad Faizal menjawab soalan itu kerana di luar skop tumpuan, Ahli Parlimen Tambun itu tetap menjawab soalan tersebut.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan, tular di media sosial kononnya Erra Fazira sudah berkahwin dengan Ahmad Faizal sekaligus menjadi isteri kedua bekas Menteri Besar Perak itu.

Sumber: K! ONLINE , bartasangbad

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara