Connect with us

Viral

Bayi Pramatang Belum Sempat Disusukan, Isteri Pula K0m@ Derita Kans3r Payudara

Setiap daripada kita pasti diuji mengikut kemampuan diri masing-masing. Malah tiada apa yang lebih hebat melainkan sabar, reda serta doa sebagai sumber kekuatan ketika ditimpa musibah. Begitulah perasaan yang terpaksa dihadapi lelaki ini apabila isteri tercinta Noor Athirah Mohd Arif terlantar koma selepas melahirkan cahaya mata kedua mereka. Anak belum pun sempat merasa setitik susu […]

Published

on

Setiap daripada kita pasti diuji mengikut kemampuan diri masing-masing. Malah tiada apa yang lebih hebat melainkan sabar, reda serta doa sebagai sumber kekuatan ketika ditimpa musibah. Begitulah perasaan yang terpaksa dihadapi lelaki ini apabila isteri tercinta Noor Athirah Mohd Arif terlantar koma selepas melahirkan cahaya mata kedua mereka.

Anak belum pun sempat merasa setitik susu ibunya..

Menerusi laporan daripada BH Online, isterinya yang berusia 24 tahun itu disahkan menghidap kanser payudara ketika sarat hamil pada bulan lalu. Selain itu, sel kanser tersebut dikatakan telah merebak hingga ke bahagian tulang belakang. Disebabkan hal itu, doktor terpaksa melakukan operation bagi kandungan yang berusia 8 bulan demi menyelamatkan nyawa kedua-duanya.

Ingat ‘bengkak susu’ tapi tak sangka ia kanser payudara..

Menurut Muhammad Hairi, sebelum ini isterinya mempunyai benjolan kecil pada payudara kanan selepas melahirkan putera mereka pada tiga tahun lalu namun hilang setelah berubat secara tradisional. Walau bagaimanapun, benjolan tersebut timbul semula ketika hamil anak kedua. Awalnya, dia menyangka bahawa ia hanyalah ‘bengkak susu’ namun semakin membesar sebelum disahkan kanser.

Buntu fikirkan masalah kewangan

Ibunya kini tinggal bersamanya bagi membantu menguruskan anak bongsu yang kini berusia 11 hari. Sementara itu, anak sulungnya pula dijaga keluarga mentua yang tinggal di Kampung Kok Keli, Tumpan. Akui Hairi, dia buntu memikirkan masalah kewangan gara-gara hilang kerja akibat PKP.

Sumber :Erinsakura

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara