Connect with us

Entertainment

Isteri s3dih kongsi mesej t3rakhir bersama suami sebelum kapal s3lam hil4ng secara mist3ri

Published

on

DUA hari berlalu tiada lagi khabar berita, kapal selam milik Tentara Nasional Indonesia iaitu KRI-Nanggala 402 masih belum ditemui.

Seramai 53 anak kapal dilaporkan bertugas di dalam kapal selam gergasi ini. Rabu lalu, KRI-Nanggala 402 dilaporkan gagal dikesan semasa membuat latihan di perairan Bali pada kedalaman 700 meter.

Kru kapal selam buatan Jerman tahun 1979 itu dijangka hanya mempunyai bekalan oksigen yang mencukupi sehingga hari ini, menandakan masa semakin suntuk bagi pasukan penyelamat yang meronda kawasan perairan Bali bagi mencari lokasinya.

Tompokan minyak ditemui di lokasi di mana kapal selam itu berada dipercayai menunjukkan kemungkinan berlaku kerosakan pada tangki minyak, sekali gus mencetuskan kebimbangan berlaku tragedi lebih buruk.

Dengan tanda pagar prayforNanggala402 perkongsian daripada isteri salah seorang anak kapal ini menerima 1.4 juta tontonan.

Dimaklumkan yang pasangan ini baru dua bulan mendirikan rumah tangga. Wanita ini juga turut berkongsi rakam layar perbualan suami isteri ini menerusi WhatsApp. wanita ini memberikan semangat dan dorongan buat suaminya.

Di akhir perbualan, dia suaminya harus pulang kerana dia sedang menunggu di rumah.

Rata-rata warganet dari Indonesia dan Malaysia memberikan dorongan dan semangat agar terus kuat.

Paling banyak mendoakan anak kapal selam itu cepat ditemui dalam keadaan selamat.

“Bismillah, doa kami menyertai seluruh anak kapal KRI Nanggala 402”

“Semoga mereka cepat ditemui. Salam dari Malaysia. Kuat semangat ya. Kita semua doakan yang terbaik.

“Ya Allah, selamatkan beliau. Aada anak dan isteri yang setia menunggu.”

“Allahu sedihnya kak. Semoga dipermudahkan segala urusan pencariannya.”

“Ya Allah Ya Mujib, semoga mereka semua ditemui dalam keadaan yang selamat. Doa yang baik-baik di bulan dan hari yang baik.”

“Ya Allah, semoga mereka baik-baik sahaja dan cepat ditemui. From Malaysia.”

Terdapat juga dua perkongsian daripada para isteri anak kapal yang menyentuh hati. Masing-masing mendoakan suami , abang dan seluruh kru KRI Nanggala 402 selamat dan sihat.

Sama-sama kita doakan semoga usaha mencari dan menyelamat KRI-Nanggala 402 segera berakhir dan anak kapal ditemui dengan selamat.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Tiktok Meghdi, Mita Sofia, Treales dan detiknews via SINARPLUS

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara