Connect with us

Viral

“Tidak Adil Untuk Saya..” – Respon Iqram Dinzly kali ini buat ramai berfikir

Published

on

“Tak adil hukum saya dengan video yang disunting” – Iqram Dinzly masih waras, jawab tuduhan terpesong akidah gara-gara video TikTok.

Menerusi entri terbaru Iqram Dinzly melalui halaman instagram nya, dia memberi kredit buat wartawan mstar yang sudi buat panggilan video dengan nya dan mengajukan soalan tentang perihal yang berlaku dalam video yang tular tentang dirinya bersama dengan seorang remaja.

Pelakon Iqram Dinzly meminta orang ramai supaya tidak mengadili perlakuannya hanya berdasarkan video pendek yang tersebar di aplikasi TikTok.

Pemilik nama sebenar Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, 40, berkata, apa yang disebarkan oleh seorang pengguna sosial media itu bukanlah gambaran sebenar kerana ia sudah disunting demi tujuan tertentu.

“Saya tengok balik live tu, tak adil sekiranya video 1 minit 20 saat tu dipetik daripada sejam lebih punya durasi untuk dijadikan satu bahan teguran.

“Teguran yang macam mana? Atas syariat Islam atau kehendak nafsu nak kata saya rosak akidah,” ujarnya kepada mStar.

Jom Lihat Video Dibawah:

Terdahulu, sebuah video yang memaparkan Iqram Dinzly bersama seorang lelaki sedang berbual tentang agama Islam tular di media sosial.

Video berdurasi satu minit itu memperlihatkan pelakon berkenaan meminta dirinya disembah hingga menimbulkan kemarahan netizen.

Perkara itu, turut mendapat reaksi Pencetus Ummah (PU) Syed yang meminta Iqram segera bertaubat dan mendapatkan rawatan sewajarnya.

PU Syed mengingatkan agar golongan muda atau pengguna media sosial supaya tidak mengikuti live pelakon itu pada masa akan datang kerana bimbang boleh merosakkan akidah.

Dalam pada itu Iqram berkata, dia sebenarnya tidak mengalami masalah kesihatan seperti yang diperkatakan banyak pihak.

“Siapa yang sakit? Siapa yang perlu mendapatkan rawatan? Mereka di luar sana yang sepatutnya perlu mendapatkan rawatan sebab terlalu sibuk hal orang tanpa usul periksa.

“Saya cakap sembah la aku (merujuk kepada Tuhan), saya tak cakap sembahlah Iqram Dinzly,” ujarnya.

Sementara itu, Iqram berkata, dia tidak mahu perkara ini dipanjangkan kerana ia akan memberi kesan kepada keluarga.

“Saya minta maaf kepada sesiapa sahaja dan jangan risau dosa kalian terhadap saya, telahpun saya maafkan,” katanya.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: mstar & IG Iqdinzly

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara