Connect with us

Entertainment

Hefny Pakai Gelang Pink – “Semoga Jadi Asbab Pengh4pus D0sa”

Published

on

Penyampai radio Sinar FM, Hefny Sahad, 34, mengesahkan dij4ngkiti pand3mik C0VID-19.

Menerusi hantaran dalam laman Instagram (IG), Hefny memuat naik gambar gelang berwarna merah jambu di pergelangan tangannya, semalam.

Hefny berkata, keadaannya kini semakin baik, berbanding beberapa hari lalu.

Kredit foto: IG Hefny

Bagaimanapun, Hefny tidak berkongsi secara terperinci bagaimana boleh mendapat jangkitan v1rus berkenaan. Sebaliknya, berjanji menceritakan pengalaman yang dilalui, tidak lama lagi.

“Semoga menjadi asbab pengh4pus d0sa. Alhamdulillah, keadaan saya hari ini baik-baik sahaja berbanding tiga, empat hari lalu.

“Nanti saya berkongsi sedikit kronologi dan simptom yang saya lalui sepanjang beberapa hari supaya dapat belajar sesuatu dan bersedia. Stay safe guys!,” tulis Hefny.

Sementara itu, ruangan komen Hefny dihujani ucapan pengikut dan rakan selebriti yang mendoakan Hefny segera diberikan kesembuhan.

Tidak ketinggalan, rakan gandingannya menerusi segmen Duo Sinar di Sinar FM, Siti Elizad turut memanjatkan doa buat sahabatnya itu.

“Aku doakan kau cepat sembuh okay! Walaupun kau suka sakitkan hati, aku doakan kau kuat dan diberikan kesihatan yang baik supaya kembali jadi supir aku seperti sedia kala,” tulis Siti Elizad.

Doa dan kata-kata semangat Siti Elizad itu kemudiannya dikongsi Hefny dalam IG Story.

Sumber: BH Online

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Ariana Rose

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara