“Hawa Takda Niat Pun Nak Pisahkan Dgn Keluarga Dia…” -Drama Nusyuz Berkiblat Cinta, Raih Perhatian Ramai

Nusyuz Berkiblat Cinta sebuah siri drama televisyen Malaysia 2022 arahan Hadith Omar, dibintangi oleh Fikry Ibrahim, Emma Maembong, Nadhir Nasar dan Shaza Bae.

Drama ini mengisahkan dua pasangan suami isteri, Adam dan Hawa, Erfhan dan Safiana. Apabila Hawa mendapat tahu yang Safiana menjadi mangsa keganasan rumah tangga, dia membuat keputusan untuk mengawal rumah tangganya sendiri dan bertegas untuk tidak tunduk sedikitpun pada suaminya. Hawa menetapkan syarat dalam perkahwinannya bersama Adam, hingga Adam sanggup mengenepikan keluarga dan kawan-kawannya demi Hawa. Tanpa disedari, Adam dikawal sepenuhnya oleh Hawa.

Dalam video klip ini menunjukkan, dimana Hawa meluahkan perasaannya tentang Adam dan melayan sebegitu kerana trauma. Babak Adam tertanya-tanya jika dia ingin rujuk semula pada Hawa, mampukah Hawa berubah untuk dia. Penonton juga tertanya-tanya jika Hawa sudah berasa menyesal atau tidak dengan sikapnya sebegitu.

Lihat klip durasi pendek drama Nusyuz Berkiblat Cinta:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DaebaKing (@daebakingz)

Lihat apa juga kata orang ramai:

@iazeranasir06:bleh relate.. bila past relay toxic.. kdg2 kita x sedar or tkut dan scara xlgsg kita yg jdi toxic utk future relay dgn org lain

@NR:true. once you get the thought of people gon leave you anyway, you can never trust anyone ever again.

@..:bnda mcm ni mmg memberi impak sampai seseorang berubah. Aku pun dulu lain tauu lain sngt sedar diri ni dh lain skrng ..lepas ex curng.

@maduutawar:sbb trauma hawa jadi mcm tu .. dia takut benda tu berulang dgn org yg baru

@Faeez’s future :Aku pun trauma tapi tah lah lain org lain perspektif dorg after breakup. Certain ppl will be more better some ppl will be worse than bfr.

Netizen juga memberi kata-kata yang positif diruangan komen, mengatakan perkara ini sangat memberi impak sehingga seseorang itu berubah sikapnya. Drama ini telah tular dan raih perhatian ramai. Perkongsian video klip di Tiktok ini dapat sambutan orang ramai sebanyak 301.1K penonton, 19.2K sukaan dan 110 komen.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Daebakingz, Wikipedia dan Tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*