Keluarga selebriti terkenal, Neelofa sekali lagi menjadi buah mulut orang ramai selepas tular sekeping gambar yang memaparkan pendaftaran logo atau cap dagangan (trademark) Daging Harimau Menangis sejak semalam.

Foto yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter @pakeri_ itu memaparkan permohonan mempatenkan cap dagangan jenama Harimau Menangis yang diusahakan Noor Khan Enterprise milik Noor Kartini Noor Mohamed.

Difahamkan, Noor Kartini mempatenkan cap dagangan Harimau Menangis menerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

nama harimau menangis munkin akan jadi hak milik ibu neelofa selepas dipatenkan ini cadangan ibu neelofa pada yang nak pakai nama harimau menangis video 5ffed8889b050

Foto pendaftaran cap dagangan Harimau Menangis yang tular dalam media sosial sejak semalam.

Selain itu, sebuah rakaman video yang dimuat naik dalam InstaStory Noor Kartini turut sohor kini.

nama harimau menangis munkin akan jadi hak milik ibu neelofa selepas dipatenkan ini cadangan ibu neelofa pada yang nak pakai nama harimau menangis video 5ffed889f084e

Dalam video berkenaan, Noor Kartini memberitahu pihaknya sudah mendaftar untuk mempatenkan trademark Harimau Menangis.

“Letaklah harimau beranak ke, harimau kentut ke tapi bukan Harimau Menangis,” katanya dalam video tersebut sambil memasak.

Bagaimanapun, perkara tersebut mendapat reaksi negatif daripada netizen yang menyifatkan nama dan logo tersebut sudah lama digunakan oleh ramai pihak dan tidak seharusnya dipatenkan.

“Nama harimau menangis dah berzaman orang lain guna, dapat pada keluarga mereka, terus hendak dipatenkan macam dia yang mulakan nama itu,” kata seorang netizen yang menggunaman nama @azrulhaqim dalam Twitter.

“Perkataan atau trademark harimau menangis sudah ramai yang gunakan. Bayangkan berapa ramai yang akan terkesan jika mereka patenkan trademark tersebut,” ujar seorang lagi netizen.

nama harimau menangis munkin akan jadi hak milik ibu neelofa selepas dipatenkan ini cadangan ibu neelofa pada yang nak pakai nama harimau menangis video 5ffed88bc74ae

Disebabkan isu berkenaan, terdapat segelintir netizen yang mengusulkan mahu menghantar dan mengisi borang bantahan dalam laman web MyIPO terhadap tindakan tersebut.

Bagaimanapun, terdapat netizen yang mendakwa Noor Kartini hanya mendaftar logo grafik Harimau Menangis bukannya perkataan tersebut agar tidak disalah guna oleh pihak lain.

Video:

https://twitter.com/i/status/1349028457729060870

Daging harimau menangis merupakan daging pejal pada bahagian dada di bawah tulang pinggang lembu.

Menurut MyIPO dalam laman webnya, cap dagangan bermaksud apa-apa tanda yang boleh dinyatakan secara grafik yang boleh membezakan barang-barang atau perkhidmatan satu perusahaan daripada perusahaan-perusahaan yang lain.

MyIPO merupakan sebuah perbadanan yang menyediakan perkhidmatan pendaftaran untuk paten, tanda dagangan, reka bentuk industri dan pemberitahuan sukarela hak cipta.

Sumber : KOSMO ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : http://www.awatttsyeikhh.com/rim4unang1s/

Previous articleZiela Jalil Ditudvh Jadi Per@mpas, Sekali Anak Tiri Mula Buka Mulut Buat Ramai Terkejut
Next articleAgong Ajak Ebit Lew Makan, Tiba2 Ada 1 Kejadian Yg Buat Ebit Lew Rasa Malu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here