Connect with us

Viral

Hari pertama sekolah dibuka, PM masuk kelas jenguk ‘anak2’ dalam norma baharu

Published

on

Selepas 3 bulan sekolan ditutup, hari ini, pelajar kelas-kelas peperiksan seperti tingkatan 5 dan 6 telah kembali ke kelas masing-masing dalam norma yang baharu.

Hari pertama persekolahan selepas ‘bercuti panjang’ ini turut dilakukan dengan SOP yang ketat apabila semua warga sekolah perlu memeriksa suhu dan melakukan penjarakkan sosial.

Singgah di sekolah pada hari pertama

Susulan daripada itu, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin telah singgah ke SMK Datok Lokman, Kuala Lumpur bagi meninjau hari pertama pembukaan kembali sekolah.

Jenguk anak2 dibilik darjah

Beliau turut mengikuti setiap SOP yang perlu dilakukan sebelum mulai bergerak ke bilik darjah bagi melihat keadaan murid-murid selepas 3 bulan dirumah sahaja.

Dalam muat naik di laman Facebook rasmi perdana menteri juga turut memaklumkan bahawa SOP yang ketat serta sistematik dari pihak sekolah diharap dapat mengelakkan penularan pendemik dalam kalangan pelajar.

Hal ini sekali gus membolehkan para pelajar dapat menimba ilmu dengan selesa dan kesihatan diri juga lebih terjamin.

“Saya doakan anak2 dipermudahkan urusan”

Diakhir muat naik tersebut, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempat mendoakan agar semua pelajar sekolah terus dipermudahkan urusan dan dilindungi oleh Allah S.W.T dalam mengharungi kebiasaan baharu di alam persekolahan.

“Saya doakan anak-anak kita yang kembali bersekolah dilindungi Allah dan dipermudahkan urusan dalam mengharungi kebiasaan baharu persekolahan.”

Didoakan agar para guru tabah sepanjang bertugas

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen yang pelbagai di laman Facebook PM. Mereka mengucapkan terima kasih serta mendoakan kesejahteraan PM serta warga sekolah agar terus bebas daripada ancaman pendemik ini.

Sumber: Muhyiddin Yassin

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara