Connect with us

Entertainment

Baru Je Lepas Dig0sipkan meng4ndung, Sekali Ain Edruce Dedah Sesuatu Yg Mengeejutkan Ramai..

Published

on

TEKA-TEKI mengenai spekulasi Ain Edruce hamil akhirnya terjawab apabila pelakon dan pengacara itu berkongsi berita gembira tersebut menerusi rakaman video yang dimuat naik di YouTube pada Ahad.

Ain atau nama sebenarnya Nurulain Edruce, 29, berkata dia tidak mempunyai niat untuk merahsiakan kehamilan itu namun hanya memilih masa yang sesuai untuk dikongsikan bersama peminat.

Pelakon sitkom komedi Jenaka Kampung Kalut: JKK ini turut berkongsi momen ketika dia mengetahui dirinya sudah hamil.

“Banyak sangat persoalan dan orang bertanya dah mengandung ke sebab nampak baby bump la, badan banyak berubah. Saya rasa dah tiba masa untuk saya kongsikan dengan semua orang yang sayang saya.

Ain melakukan pemeriksaan kandungannya yang kini hampi mencecah empat bulan.

“Yes… saya mengandung! Alhamdulillah… saya mengandung. Sebelum ini saya tak nak cakap apa-apa sebab terlalu awal. Sekarang dah boleh kongsikan.

“Macam mana saya tahu boleh mengandung… ada satu hari itu, saya terfikir dah masuk bulan, sepatutnya saya dah datang bulan (period) tapi tak ada, hari kedua dan ketiga pun tak ada.

“Saya tak pernah lambat, selalu on time. Jadi, saya pergi beli pregancy test seorang diri dan keputusannya saya hamil,” kata Ain yang mendedahkan usia kandungannya kini hampir mencecah empat bulan.

Menerusi video tersebut, Ain turut berkongsi momen ketika dia menunjukkan keputusan ujian kit kehamilan kepada suaminya iaitu Amirul Hafiz Mustaffa.

Biarpun sukar mempercayai Ain pada awalnya, namun terlihat wajah keterujaan suaminya yang tidak sabar untuk menjadi seorang bapa.

2020 ini sangat bermakna memberi kenangan yang tidak boleh dilupakan.

AIN EDRUCE

PELAKON & PENGACARA

Dalam pada itu, Ain memberitahu dia terpaksa membatalkan aktiviti lasak yang sepatutnya dilakukan ketika bercuti di Langkawi selepas mengetahui kehamilannya itu.

Tambah Ain lagi, 2020 juga menjadi tahun paling bermakna baginya biarpun dunia sedang diduga dengan pandemik C0vi1d-19 dan sebagainya.

“Masa saya dapat tahu hamil itu, dua atau tiga hari lagi nak ke Langkawi. Jadi, semua aktiviti lasak yang sepatutnya saya dan suami lakukan di sana kena cancel.

“Perkahwinan kami pun sudah mencecah setahun. Bagi saya, ini waktu yang terbaik. Kadang-kadang terfikir 2020 banyak sangat benda terjadi, ada yang sukar cari kerja dan rezeki kurang.

Video Ain Menarik yang menampakkan baby bump.

“Tapi untuk saya, 2020 ini sangat bermakna memberi kenangan yang tidak boleh dilupakan,” ujarnya.

Sebelum ini, perkongsian video Ain sedang menari yang menampakkan seakan-akan ‘baby bump’ di aplikasi TikTok pada Oktober lalu menarik perhatian netizen yang beranggapan pengacara itu hami1l.

Menerusi laporan mStar pada 25 Oktober lalu, Ain bagaimanapun menganggap spekulasi hamil itu adalah satu doa yang baik buat dia dan suaminya, Amirul Hafiz Mustaffa.

Ain mendirikan rumah tangga dengan Amirul Hafiz Mustaffa pada 13 Disember tahun lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Mstar

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara