Connect with us

Entertainment

Hampir dua tahun terpisah, Aliff Aziz kembali mulakan hidup baharu bersama Bella Astillah – “Semoga usaha saya banggakan umi dan ayah”

Published

on

HAMPIR dua tahun dihimpit pelbagai kontr0versi dan tinggal bersama keluarga di Singapura, penyanyi Aliff Aziz akhirnya kembali ke pangkuan isteri, Bella Astillah dan anak-anak di Malaysia.

Perkara itu dikongsi oleh ibunya Siti Hafiza di Instagram yang meluahkan rasa s3dih dan berat hati untuk melepaskan anaknya, namun memahami tanggungjawab Aliff sebagai ketua keluarga.

“Hari di mana saya perlu mengucapkan selamat tinggal kepada anak saya… Alhamdulillah selepas hampir dua tahun akhirnya dia kembali ke Malaysia untuk bersama isteri dan anak-anak.

“Walaupun berat untuk mengucapkan selamat tinggal… kami faham tanggung jawab dia untuk bersama keluarga lebih penting, ” ujarnya.

Aliff kembali ke Malaysia untuk bersama isteri dan anak-anak.

Menerusi video yang dimuat naik pada malam Ahad, kelihatan Aliff dihantar oleh ibu dan ahli keluarga lain di Lapangan Terbang Changi Singapura untuk berlepas ke Kuala Lumpur.

Siti Hafiza turut mendoakan anaknya itu supaya menjadi seorang insan yang lebih baik untuk keluarganya.

“Kamu sentiasa ada dalam doa, jaga diri kamu dan keluarga. Pick yourself up and be the best version of yourself, ” ujarnya.

Alhamdulillah selepas hampir dua tahun akhirnya dia kembali ke Malaysia untuk bersama isteri dan anak-anak.

SITI HAFIZA

IBU ALIFF AZIZ

Sementara itu, Aliff turut mengucapkan terima kasih kepada ibunya dan berjanji untuk melakukan yang terbaik untuk kehidupan masa depannya.

“Terima kasih banyak umi dan ayah. Semoga usaha yang saya lakukan nanti akan membuahkan hasil dan membanggakan umi dan ayah, ” ujarnya.

Aliff dan Bella berkahwin papa 9 September 2016 dan dikurniakan cahaya mata lelaki Muhammad Ayden Adrian yang kini berusia tiga tahun.

Pasangan ini kemudian membuat keputusan untuk bercerai pada 16 Mei tahun lalu selepas Aliff beberapa kali k4ntoi berlaku cur4ng.

Aliff tinggal bersama keluarganya di Singapura hampir dua tahun.

Justeru itu, Aliff kembali ke Singapura dan meneruskan kehidupannya bersama keluarga.

Bagaimanapun pada 26 April lalu, Bella mendedahkan dia dan Aliff kembali rujuk sebagai suami isteri ketika mereka masih dalam ed4h dan dirinya h4mil anak kedua.

Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 26, melahirkan cahaya mata perempuan diberi nama Ara Aderanna pada 18 Julai lalu.

Sumber: mStar!

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara