Connect with us

Artis

“Hampir 2thun bercinta..” Penyampai radio Hot FM Imran Aqil Luah Ssuatu Bila Dpt Tahu Bekas Kekasihnya Bertunang Dgn Yonnyboii

Published

on

Penyampai radio Hot FM, Imran Aqil yang juga bekas teman lelaki kepada tunang Yonnyboii men.gakui ter.ke.jut dengan berita pertunangan penyanyi berkenaan.

Imran, 22, berkata, walaupun pe.rit, namun dia mendoakan kegembiraan bekas kekasihnya, Nik Nazira dan Yonnyboii yang bakal berkahwin tahun depan.

“Kami sebenarnya berkawan bermain ‘game’ bersama, jadi apabila pu.tus cinta pada 9 September lalu, tidak sangka mereka akhirnya mengikat tali pertunangan.

“Walaupun hampir dua tahun menyulam cinta, namun kami tidak ada jodoh. Saya memilih untuk tidak membuka lagi kisah lalu dan memandang ke depan. Saya doakan mereka berbahagia, cuma buat diri saya, beri sedikit ruang dan masa,” katanya kepada Harian Metro.

Imran yang juga finalis pencarian Hero Remaja 2020 yang menyandang kategori Hero Inspirasi itu berkata, dia mengambil pendekatan untuk memandang po.si.tif setiap aspek dan maju ke depan.

Di Hot FM, Imran mengendalikan segmen Hotflix yang bersiaran bermula jam 8 malam hingga 12 tengah malam.

“Walaupun agak kekok, namun tanggungjawab sebagai penyampai radio banyak memberi ilmu kepada saya. Banyak benda baru yang saya belajar dan penyampai lain turut memberikan tunjuk ajar.

“Memandangkan banyak aktiviti dilakukan pada sebelah malam seperti bermain badminton dan sebagainya, jadi saya perlu menukar rutin bagi menyesuaikan diri dengan tugas sebagai penyampai radio,” katanya.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Sumber: HM, IG Imran Adiq, IG Nik Nazira

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara