Connect with us

Entertainment

“Takkan saya nak ambil yang b0roi….” Sanggup H4biskan Ratusan Ribu Ringgit, A Aida Cari Lelaki Badan Sado Untuk…..

Published

on

Penerbit serta pengara terkenal, Datuk A.Aida mend3dahkan dia sanggup berhabis RM146,980 semata-mata untuk membeli tiga kamera baharu bagi kegunaan penggambaran drama terbarunya, Bidadari Salju yang akan ditayangkan Disember nanti.

Menurut Aida, dia juga telah melabur banyak wang untuk babak bermain bola sepak yang menggunakan khidmat lebih 20 pelakon tambahan membabitkan remaja dan berbadan sado.

“Saya fikir agak lama juga tidak buat drama di slot ini. Ditambah pula, drama adaptasi ini jalan cerita berbeza dengan yang lain dan saya mahukan sesuatu yang baru bukan saja dari segi ‘shot’, tapi juga ‘look’ drama ini. Kebetulan, pengarah, Riza Baharudin ada kepakaran itu.

“Apabila dia cakap nak gunakan tiga kamera, saya tak fikir panjang dan terus buat tempahan. Semuanya demi drama ini agar hasilnya nanti lebih menarik dan berkualiti,” katanya kepada Harian Metro.

Tidak hanya mencari pelakon sekadar tangkap muat, Aida berkata dia juga mengadakan ujibakat untuk mencari pelakon yang berbadan sado untuk babak bermain bola sepak di dalam drama berkenaan.

“Dalam masa sama, drama ini ada babak bermain bola sepak. Justeru, saya berasakan ia perlu diberi perhatian dan bukan sekadar ‘shoot’ biasa saja. Jadi, saya dan pasukan berbincang untuk mencari pelakon extra yang sesuai dengan babak itu.

“Saya buat uji bakat dan menetapkan kriteria kena remaja dan sado. Bagi saya, pemain bola perlu kelihatan ‘fit’ barulah nampak ‘real’. Takkan saya nak ambil yang b0roi pula kan. Memang tak sesuai,” katanya.

Tambahnya lagi, ini merupakan kali pertama dia menggunakan tiga kamera dalam sesebuah penerbitan dalam usaha untuk mendapatkan lebih banyak ‘shot’ dan reaksi untuk setiap babak.

Drama Bidadari Salju itu menampilkan pelakon Adam Lee dan Sweet Qismina sebagai watak utama.

Sumber:ROTIKAYA

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara