“Guana Gak Duk Glewak Depey Pintu Gol Ni…” -Netizen Terhibur, Mustapha Kamal Ajar Amelia Henderson Cara Berloghat Kelantan

Amelia Henderson merupakan pelakon wanita Malaysia, berasal dari Klang, Selangor. Mula menceburi bidang seni sebagai model melalui iklan Mothercare sewaktu berusia setahun. Selepas itu, beliau memulakan kerjaya lakonan dengan membintangi sitkom Keluarga Adam. Amelia juga pernah melibatkan diri dalam persembahan pentas muzikal teater iaitu ‘The King and I’ dan Peter Pan di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Mustapha Kamal dilahirkan pada 1 Januari tahun 1962, berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Beliau merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Terkenal menerusi filem Sembilu pada tahun 1994, beliau juga mula aktif pada era 80an. Mustapha Kamal yang sentiasa memegang watak yang mempunyai syarikat yang terkenal, disebabkan itu netizen turut menggelarkan dirinya sebagai pemilik Megah Holding di Tiktok.

Video klip ini telah tular di media sosial dan mendapat sambutan orang ramai di Tiktok. Video klip ini menunjukkan dimana Mustapha Kamal mengajar Amelia cara berloghat Kelantan, tetapi reaksi Amelia yang teruja dan berasa yakin menyebutnya membuatkan orang ramai terhibur melihatnya.

Lihat klip durasi reaksi Amelia Henderson:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DaebaKing (@daebakingz)

Lihat apa juga kata orang ramai:

@HoneyBee:hahahaha..nati belajar dgn aedy ashraf

@Abe_Pije:klakar ,kena banyak bercakap lorat Kelantan kofem lancar

@mohdzolkeflizulma:kalu amelia nlk paseh kecek klate…nnikoh ngn ambo…ambo ajar sapa ceroh

@mohdhamoni:bg mkn budu duluu baru blh kecek kelate

@ajeyy -jeyy:guanow gak duk gelewat depan pintu go nieyyy yes makan budu lebihhh boleh cakap la

@daeyniell:yg susah dia bg..bebelit lidah amelia..

Netizen turut memberi komen tentang situasi itu, mengatakan terhibur melihat Amelia yang gigih berloghat Kelantan. Reaksi Mustapha Kamal juga terhibur melihatnya. Perkongsian video klip di Tiktok ini dapat sambutan orang ramai sebanyak 123.2K penonton, 4025 sukaan dan 60 komen.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Daebakingz dan Tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*