Connect with us

Viral

Gadis Viral Bekerja Jadi Penghantar Makanan, Rupanya Dulu Study Bidang Solekan

Apabila mengenangkan ekonomi yang sedang meleset sekarang, ramai anak muda memilih untuk menjadi seorang penghantar makanan. Bagitulah juga bagi gadis ini yang didorong oleh minatnya sendiri demi mencari rezeki sebagai seorang rider. Minat motosikal sejak sekolah lagi Memetik laporan Harian Metro, seorang gadis bernama Farah Nur Syifa Abdullah menjadi tumpuan para netizen kerana memilih untuk […]

Published

on

Apabila mengenangkan ekonomi yang sedang meleset sekarang, ramai anak muda memilih untuk menjadi seorang penghantar makanan. Bagitulah juga bagi gadis ini yang didorong oleh minatnya sendiri demi mencari rezeki sebagai seorang rider.

Minat motosikal sejak sekolah lagi

Memetik laporan Harian Metro, seorang gadis bernama Farah Nur Syifa Abdullah menjadi tumpuan para netizen kerana memilih untuk bekerja sebagai seorang penghantar makanan setelah gambarnya viral di Twitter. Gadis berumur 20 tahun itu turut mendedahkan bahawa dia sebenarnya telah meminati motosikal sejak zaman sekolah lagi.

Layanan tetap sama walaupun dia seorang perempuan

Selain itu, Farah mendedahkan bahawa layanan serta etika kerja adalah sama sahaja walaupun dia seorang rider wanita. Seperti penghantar makanan lain, gadis ini juga pernah dimarahi disebabkan kelewatannya serta terpaksa meredah hujan dan panas demi memenuhi kehendak pelanggan.

Belajar bidang solekan tapi lebih minat nak jadi rider

Mengulas lanjut tentang kehidupannya itu, Farah nekad ingin menjadi seorang penghantar makanan selepas tamat pengajian di Giat Mara Taiping. Hal ini kerana, bidang yang diceburi iaitu Kursus Solekan Dan Terapi Kecantikan mempunyai peluang pekerjaan terhad dan menjadi seorang rider berpendapatan lebih lumayan terutamanya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Sumber: Erinsakura

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara