Connect with us

Entertainment

Fazura Tanya Mana Lemang Sedap, Terus Trending Kalahkan Neelofa

Published

on

“Setiap kali Neelofa trending. Netizen mesti up fattah/fazura. Mesti dorang penat kan.”

Kisah Neelofa dengan moreh burgernya telah membuatkan ramai netizen beng4ng. Kebetulan pula, Fazura turut memuat naik soalan meminta para pengikutnya memberi cadangan tempat menjual lemang yang sedap.

Hal ini membuatkan netizen membanjiri ruangan komen Fazura serta memberi cadangan sarkastik sehingga kedua-dua selebriti itu trending di Twitter.

Antaranya mencadangkan agar Fazura sering bertandang ke laman sosial Twitter kerana bintang itu sahaja boleh menundukkan ego Lofa, betul ke?

Foto : Twitter

Bagi netizen, mereka sudah muak dengan drama yang ditimbulkan oleh isteri kepada PU Haris itu. Walaupun dibanjiri kecaman serta perlian, nampaknya ia tidak begitu berkesan.

Malahan, ada yang membuat teori bahawa Neelofa sengaja mahu menenggelamkan Fazura yang akan melancarkan produk tudungnya. Tetapi yang sebaliknya pula berlaku.

Foto : Twitter

Foto : IG

Nampaknya, pengguna di Twitter mengharapkan Fazura sentiasa bertandang untuk memberi aura yang berbeza. Patutlah status lemang pun mencanak naiknya.

Apa pun, ianya adalah situasi menarik untuk disaksikan antara Neelofa – Fazura – Netizen. Anda pula menyebelahi siapa?

Sumber – CARI

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara