Connect with us

Artis

Fazura & Fattah Amin Kunci Mulut Jantina Anak

Published

on

Pasangan selebriti Nur Fazura dan Fattah Amin memilih untuk tidak mengumumkan jantina bakal bayi kepada umum sehingga dilahirkan.

Kata Fazura, jantina bayi tidak lagi perlu menjadi topik bualan kerana dia dan Fattah sudah membuat keputusan.

“Tak perlu teka baby lelaki atau perempuan ok semua? Kami sebagai parents to be pilih untuk tak buat apa-apa pengumuman sehingga baby lahir,” tulisnya.

Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin berkongsi perkara tersebut di Instagram Stories miliknya.

Dalam pada itu, pelakon filem J Revolusi turut berharap agar semua pihak mendoakan kesihatan dirinya dan dipermudahkan urusan bersalin nanti.

“Mohon doakan baby sihat dan Faz selamat melahirkan nanti. Itu harapan utama kami. Sayang semua,” tulisnya lagi.

Sekadar makluman, usia kandungan Fazura kini telah memasuki enam bulan.

Terdahulu, Fazura mendirikan rumah tangga dengan Fattah pada 27 November 2017.

Sumber: Gempak.my

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara