Connect with us

Entertainment

Fazura Ded4h 8 R4hsia Tudung Bawal Gayanya, Styling Ringkas Tapi On Point

Published

on

 

Sejak kebelakangan ini, perniagaan hijab yang diusahakan oleh Fazura dikatakan mendapat sambutan luar biasa. Dengan harga serendah RM27, banyak pelanggan berebut-rebut mendapatkan Tudung Fazura, iaitu himpunan tudung empat segi atau bawal dengan motif flora.

Penglibatan Fazura dalam bidang keusahawanan bukan lagi r4hsia. Terdahulu pelakon Gol & Gincu ini menceburi perniagaan fesyen melalui House of Doll. Pernah juga mengeluarkan rangkaian haruman badan di bawah nama Mystical by Fazura dan rangkaian produk kecantikan di bawah label Fazura Skincare.

Menjelang musim pandemik ini, usaha ibu kepada si comel Nur Fatima Aisya bertambah ligat dengan pelancaran Tudung Fazura. Perniagaan hijab ini jelas mempunyai hikmah tersendiri kerana selain menambah pendapatan, ia juga boleh menjadi permulaan perubahan imej seseorang.

SENI TUDUNG BAWAL

Sebenarnya seni penggayaan hijab bukanlah tentang siapa pemakainya, tapi kesesuaian tudung dengan bentuk muka seseorang dan baju yang dikenakan. Tak semua orang sesuai dengan gaya tudung bawal dan tak semua juga sesuai dengan gaya selendang @ shawl. Pada akhirnya ia berbalik pada karakter serta bentuk muka kita sendiri.

Jom semak Rahsia gaya Fazura dalam tudung empat segi ni.

(1) Tudung bawal rona nude dengan baju kurung

Nampak sopan dan manis gaya begini dikenakan dengan baju kurung. Terserlah wajah ‘mak mak’!!

(2) Gaya ‘Zoom-Meeting Ready’

Walaupun bekerja dari rumah tapi tetap bergaya dengan fesyen begini. bersiap untuk bermesyuarat online!

(3) Gaya ikatan effortless untuk ke pasar raya

Kene stailo walaupun sekadar untuk shopping grocery! Cermin mata hitam pelengkap gaya santai untuk lebih cantik

(4) Dah lengkap 2 vaks1n? Ayuh kembali bekerja!

Profesional dan berani. Gaya tudung untuk back to office tak lama lagi, Tak sabar 

(5) Sederhana & ‘sweet-sweet’ Muslimah

  Muslimah apabila bertudung manis begini ketika bekerja untuk lebih selesa

(6) Denim untuk hujung minggu

Gaya hujung minggu berasaskan denim. Tanpa helaian yang ketat dan melekap di tubuh, stail Fazura ni sesuai untuk sesi high-tea atau shopping

(7) Kuasa rona tanah

Tak sempat bersiap? Padanan gaya dari rona-rona earthy boleh menyelamatkan gaya anda

(8) Hitam penyelamat keadaan

Rona hitam tetap menjadi rona penyelamat dalam apa jua acara.Kena bijak memadukan kemeja dan tudung hitam dengan jeans untuk lebih cantik!

Sumber foto: Instagram @missfazura

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Ariana Rose

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara