Connect with us

Entertainment

Isu SOP: Faezah Elai beng4ng selebriti jadi mngsa lepas ger4m netizen. Sekali peguam ni ‘sekolahkan’ balik

Published

on

PELAKON Faezah Elai mengakui dia berasa m4rah apabila segelintir netizen asyik mengaitkan kes pel4nggaran prosedur operasi standard (SOP) dengan golongan selebriti.

Malah Faezah atau nama sebenarnya Noor Faezah Md Elai, turut persoalkan tindakan netizen yang meny4lahkan selebriti terhadap kenaikkan kes C0vid-19 sedangkan ia berpu.nca daripada sikap tidak bertanggungjawab segelintir rakyat.

“Sakit pula hati bila tak ikut SOP, artis yang kena m4ki… kerana seorang dua artis habis semua kata ‘ikut SOP! Jangan jadi macam selebriti!’. Sekarang ini yang jalan jem hari itu balik kampung, artis ke?

Minta surat kebenaran polis dengan alasan menipu, salah artis juga ke?

“Yang terlepas balik berduyun-duyun sampai kes C0vid naik kat pantai timur, artis salah juga ke? Minta surat kebenaran polis dengan alasan menipu, salah artis juga ke?

“Rasa-rasanya yang kena Covid ada sampai meninggal sebab manusia bangang yang balik kampung habis jangkit kat satu kampung, artis juga yang kena b0doh,” kata Faezah.

Pelakon drama siri Cinta Fatamorgana ini berkongsi luahan dan pendapatnya mengenai situasi yang terjadi di masa kini di laman Facebook miliknya.

Isu selebriti melanggar SOP kini menjadi perbualan hangat netizen selepas pengacara dan usahawan terkenal Neelofa berdepan dengan beberapa tuduhan antaranya tidak memakai pelitup muka di sebalik purdah.

Status yang dimuat naik Faezah di Facebook miliknya.

Selain Neelofa, selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi turut disiasat polis selepas didakwa melanggar SOP Aidilfitri apabila foto mereka dipercayai melakukan aktiviti ziarah raya pada 1 Syawal lalu menjadi tular.

Dalam pada itu, isteri kepada pengarah drama, Heykal Hanifah ini menganggap ramai rakyat Malaysia lebih gemar mencari kesalahan orang lain demi menutup kesilapan sendiri.

“Memang orang Malaysia ini jenis manusia yang suka cari salah orang lain untuk tutup salah sendiri ke macam mana? Yang terlepas balik kampung itu hang!

“Yang kena Covid itu hang! Yang bod0h tiba-tiba artis… my foot!”

Berikut pula reaksi dari netizan

Berikut pula pandangan dari sudut seorang peguam

Bab-bab l4nggar SOP ni, bukan sebab orang tu golongan kayangan ke, golongan marhaen ke, golongan apa.

Kita nampak diorang l4nggar SOP sebab diorang:

1- Bod0h, pergi upload gambar l4nggar SOP tu kat media sosial.

2- Bod0h, dah dapat kelonggaran daripada pihak polis, pi canang kat semua orang.

3- Bod0h, orang dah tegur banyak kali, tapi masih ulang kesalahan sama.

Senang cerita, pelanggaran SOP dibuat sebab 3 bod0h ni. Tak upload gambar, canang cerita. Tak canang cerita, ulang salah sama.

Yang kayangan dan menteri, habis program, pergi berjalan, pergi buat tugas rasmi, habis di-upload semua gambar langgar SOP dia tu. Bangga sangat buat benda tu, padahal bod0h.

Yang marhaen pun tak kurang hebatnya. Dapat kebenaran rentas negeri tanpa sebab pun pi canang kat satu dunia. Buat majlis tak ikut SOP pun tayang kat orang.

Padahal boleh je simpan sendiri. Kalau tak kena tangkap, senyap je lah. Ni, dah lah tunjuk bod0h sendiri, menyakitkan hati orang pulak tu.

Tapi itulah. Kita salahkan satu-satu golongan je sebab sifat manusia memang macam tu. Kita mesti nak put the blame kat satu pihak bagi melepaskan geram.

Padahal kalau kita tengok, semua golongan langgar SOP. Marhaen ke, pertengahan ke, kayangan ke, setiap golongan ini ada yang langgar SOP.

Kita tengok artis itu artis ini lek lek je pergi rentas negeri. Tapi sebenarnya ramai je yang rentas negeri tapi tak tertangkap. Sebab apa artis tu kena? Sebab dia bod0h kategori pertama.

Kita tengok ada menteri tak jaga penjarakan fizikal. Tapi, sebenarnya ramai je yang tak jaga penjarakan fizikal. Sebab apa menteri kena kecam? Sebab menteri ni bod0h kategori pertama.

Tengok kat bazar ramadan dan uptown lah jadi macam mana.. Tengok berapa orang kena pusing balik sebab senyap-senyap nak rentas negeri. Yang kena saman sebab sambut ziarah tetamu.

Semua tu menteri ke? Semua tu artis ke? Takkan diorang ni semua golongan kayangan?

Sebab tu, risau juga tengok kebanyakan kita yang blame kayangan, blame menteri, blame artis, padahal, selain golongan-golongan itu, golongan marhaen pun ramai langgar SOP. Cuma golongan kayangan ni je la bod0h pergi upload kat media sosial.

Sebab tu, kita kena sama-sama muhasabah diri sebenarnya. Kita blame satu golongan, satu golongan lagi rasa selesa pulak.

Lagi teruk, golongan marhaen ni rasa diri diorang adalah ‘mangsa’ kalau tertangkap langgar SOP. Padahal sama je l4nggar SOP macam golongan kayangan.

Cukup isu bl4me.

Ni isu double standard pulak.

Aku rasa, ramai antara kita, bukanlah nak blame sangat golongan kayangan ni. Tapi rasa tak adil macam mana golongan kayangan dan menteri-menteri ni banyak terlepas daripada kena hukum.

Isu double standard ni bukan benda baru. Dah lama sangat.

Masa memerintah, punyalah ramai menteri-menteri ni rasuah. Tapi sekor pun takda yang kena charge kat mahkamah.

Sampai satu tahap, ada yang buat jenayah pun disenyapkan. Kes NFA. No futher action. Sebab apa? Sebab dia menteri… Sebab apa? Dia anak menteri…

Masa dah habis kuasa, masa ditumbangkan, baru beramai-ramai kena tuduh kat mahkamah. Tak kiralah parti mana pun, macam ni lah keadaannya.

Benda ni berlaku sejak lepas zaman merdeka lagi. Isu double standard ni bukan benda baru.

Jadi bagi aku, salah satu rahmat yang tuhan berikan sepanjang Covid-19 ini adalah, rakyat jelata dah mula sedar bertapa membarahnya budaya double standard ni

Dan gelombang anti double standard ni menular amat laju di media sosial.

Pantang ada kes saman langgar SOP, pasti nama-nama menteri dan artis kaya kena petik. Pantang ada rakyat marhaen kena tindakan, pasti isu golongan kayangan yang tak kena tindakan ni dipersoal.

Itu satu budaya yang sihat dalam negara demokrasi. Dengan mempertikaikan layanan double standard ini, penguatkuasa akan lebih pressure untok memberi layanan sama rata.

Dalam masa yang sama, mempertikaikan layanan double standard ini juga akan menunjukkan pemerintah berbudaya apa yang kita ada sekarang.

Sekarang kita boleh nampak wajah menteri-menteri kita.

Kalau dulu sembang pasal rasuah la, korupsi la, orang senang backup sebab benda tu tak nampak. Diberi bukti pun dikata fitnah.

Sekarang, haaa.. Hambek kau. Dah disertakan gambar, dah diberikan bukti, nak backup apa lagi? Nak cakap fitnah tara mana lagi?

Nanti bila mengundi, kita tahu dah muka-muka yang amalkan budaya double standard ni. Kalau nak undi lagi muka-muka ni, aku pun tak tahulah nak cakap apa. Tuhan dah tunjuk tapi diri sendiri yang degil.

Oleh itu, teruskan lah memberi tekanan supaya budaya double standard ini tidak menjadi budaya lagi.

Mempertikaikan penguatkuasaan yang berat sebelah itu adalah tanggungjawab kita.

Kita teguhkan rukun negara ketiga kita supaya semua golongan menghormati undang-undang.

Dalam masa yang sama, kekalkan berhemah dan berbudi bahasa agar rukun negara kelima kita masih diamalkan dalam masyarakat.

Say no to double standard.

kredit: Mufarwa Farid

Sumber: trendingsangat

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara