Connect with us

Viral

“Peminat ‘Excited’ lihat ‘Baby Bump’..” – Ernie Zakri jawab komen dan minta doa org ramai

Published

on

Penyanyi Ernie Zakri menjawab desas-desus yang dirinya belum lagi berbadan dua setelah timbul komen wargamaya yang membuat spekulasi dirinya hamil di laman sosial.

Menerusi laman sosial Twitter, Ernie menyatakan perkara itu untuk tatapan umum.

“Tu bukan baby bump. Dalam perut tu food gais. Jangan buat saya macam ni. I love food so much sampai lepas kahwin nonstop makan nasi. Tapi I stop dah sekarang and back to my healthy lifestyle konon-konon,” ujar Ernie menerusi satu ciapan.

Selain itu, Ernie turut meminta wargamaya untuk mendoakan agar dia segera memperoleh cahaya mata.

“Tapi doa-doa anda tu saya aminkan. Doa banyak-banyak tau untuk saya dan mereka yang mahu timang baby,” katanya lagi.

Sementara itu di ruangan balas, ramai yang memberikan kata-kata positif kepada Ernie dan memintanya untuk menikmati masa bersama memandangkan dia dan Syamel baru berkahwin tiga bulan.

“Alaaaa, baru 2 bulan nikah. Enjoy yourself first. Enjoy being only to each others. Anak tu forever stuck dengan u. Dah datang diaorg haywire bermula. Takpe, org kata baby bump tu maknanya doa. Aminkan aja,” kata seorang wargamaya.

“Takpe kak Ernie. Pernikahan masih awal lagi, enjoy ur honeymoon. Saya pun baru dua bulan nikah. Kadang fikir nak cepat ada baby, kadang fikir belum puas lagi bermanja dengan husband. Apa-apa serah je dekat Allah, insyaAllah rezeki datang tepat waktu,” komen seorang wargamaya.

“Sokay kak ninie baby bump ke makanan ke kak ninie tetap comei,” puji seorang wargamaya.

“Sokay kak ninie. Tu tandanya sedang bahagia,” sokong seorang wargamaya.

“Enjoy your journey, Ernie and Syamel. Sabar tau. Bagi kami yang dah lama kawin ni rasa dulu baby bump,” usik seorang wargamaya lagi.

Sekadar info, Ernie, 29, mendirikan rumah tangga dengan Syamel, 28, pada 25 Mac lalu secara tertutup di Masjid Puncak Alam, Selangor.

Pasangan itu juga diraikan dalam sebuah majlis yang bertemakan formal ‘Black Tie’ yang diadakan di Bayswater, KLCC dengan dihadiri kira-kira 250 orang tetamu mengikut prosedur operasi standard (SOP) pada 4 April lalu.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: IG Ernie

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara