“Entah-Entah Kau Ni Mmg Dah Mandul…” -Netizen Naik Bengang Dgn Watak Ila Dlm 7 Hari Mencintaiku 3, Skali Ini Respon Sofi

7 Hari Mencintaiku 3 sebuah siri drama televisyen Malaysia 2022 arahan Jamal Khan (FDAM), dibintangi oleh Siti Saleha, Syukri Yahaya dan ramai lagi. Merupakan kesinambungan kepada drama 7 Hari Mencintaiku 2 (2020).

Drama ini mengisahkan rumah tangga Khuzairi dan Mia Adirana diuji lagi selepas Khuzairi lumpuh akibat kemalangan jalan raya. Sejak itu, Khuzairi menjadi panas baran kerana dia mula rasa tidak lagi sempyurna sebagai suami kepada Mia dan juga ayah kepada anak mereka. Pada masa yang sama, Pak Samad sebenarnya tidak sihat dan perlu menjalani pembedahan. Namun, Pak Samad merahsiakan daripada pengetahuan keluarganya. Oleh itu, Pak Samad meninggalkan sepucuk surat kepada mereka dan meminta mereka mencari makna sebenarnya tentang cinta dalam 7 hari.

Dalam video klip ini menunjukkan babak drama 7 Hari Mencintaiku 3, dimana Ila menyuruh Sofi untuk tarik diri dan memintanya cerai kepada Helmi. Selain itu, Ila memperlekehkan Sofi mengatakan Sofi sememangnya mandul dan tidak boleh memberi anak kepada Helmi. Penonton naik geram dengan watak Ila yang dahulunya sudah berubah tetapi disebabkan timbul rasa sayang kepada Helmi, kembali rasa tamak dan dengki dalam dirinya. Respon Sofi juga membuatkan orang ramai bersetuju dan raih perhatian ramai.

Lihat klip durasi pendek drama 7 Hari Mencintaiku 3:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DaebaKing (@daebakingz)

Lihat apa juga kata orang ramai:

@Julia fatin atika@ulia atika:Ila nie tak pernah berubah

@Norish Shuhada:Sofi sorang je baik dlm cite ni yg betol2 kenal mia adriana xnk gaduh lame2 smpai simpan dendam

@Basirah92:sofi ni nmpk je lmbut…sekali dia pangkah ayt ila…haa hamek…tibe² aku nk side Uncle Jo tu…

@Rieson J:soft Je tpi Pedih menusuk ke jantung Ayat dia tu

@Amidala:Dia suruh sofi back off mcm dia pulak isteri helmi tapi tulah confident beli shopee ila ni

@juju leyhu:sukaa sangat watak sofi.. soft.. x cepat melenting..

Netizen turut memberi komen tentang drama ini, mengatakan naik geram dengan sikap Ila yang bersifat tamak dan pentingkan diri sendiri tetapi respon Sofi menarik perhatian ramai. Perkongsian video klip di Tiktok ini dapat sambutan orang ramai sebanyak 121.7K penonton, 9080 sukaan dan 80 komen.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Daebakingz, Wikipedia dan Tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*