Connect with us

Viral

“Bestfriend buat ape tu kat tengkuk..” – Ntizen perasan ‘benda’ lain di leher Emma?

Published

on

“Berkahwin dengan lelaki yang boleh menjadi sahabat anda @ shazli.a. saya sayang awak..” – Emma Maembong

Menerusi entri terbaru Emma, Emma berkongsi dengan pengikut nya dalam halaman Instagram nya dengan kapsyen seperti diatas. Emma bermaksud wanita atau lelaki haruslah berkahwin dengan orang boleh menjadi teman baik dalam hidup. Walau apa pun, min harapkan dan doakan agar Emma sentiasa dimurahkan rezeki dan bahagia bersama keluarga tersayang.

Entri yang dimuatnaik oleh Emma Maembong:

Namun, benda lain juga yang netizen perasan:

“Amboi bestfriend buat ape tu lebam kat tengkuk u emma. Nakal eh bestfriend..”

Terdahulu, disaat perkahwinan Emma dan suami, ramai yang mengikuti perkembangan dan ingin tahu siapakah gerangan lelaki yang dijadikan suami Emma.

Menerusi artikel sebelumnya:

“Alhamdulillah, impian, niat dan hajat yang saya simpan selama ini dipermudahkan. Tarikh nikah hari ini sangat cantik, jadi mengapa tidak kami abadikan sebagai detik bahagia saya dan suami.

“Biarpun semuanya berlaku dengan begitu pantas, saya percaya ada hikmah tersendiri hingga menyatukan kami sebagai pasangan suami isteri yang sah.

“Semoga permulaan fasa baharu ini akan terus mematangkan saya dan suami… Insya-Allah,” katanya yang tampak ayu dengan tata rias Nad Ismail.

Berkongsi detik perkenalan, pasangan ini bersua buat kali pertama pada 2017 ketika menghadiri majlis sambutan hari jadi pelakon, Uqasha Senrose.

Namun, ketika itu, mereka hanya berborak kosong dan tidak pernah menjangka akan berlaku apa-apa.

“Sehari selepas berjumpa, suami ada melayangkan mesej di Instagram (IG). Namun, saya tidak sedar. Hanya pada suatu hari pada 2018, baru saya perasan mesej yang dihantarnya itu.

“Ketika itu, kami hanya berbual biasa termasuk soal kucing. Perbualan itu bagaimanapun berakhir begitu saja.

“Dipendekkan cerita, pada tahun lalu, kami berhubung semula di IG. Kali ini, interaksi itu lebih jelas dan masing-masing bertukar nombor telefon.

“Seminggu selepas itu, dia mahu jadikan saya sebagai kekasihnya. Minggu berikutnya, dia bersungguh-sungguh mahu menjadikan saya sebagai isteri,” kata pelakon drama Cemburu Seorang Perempuan itu.

Emma mengaku sikap, kesungguhan dan keberanian Muhammad Shazli antara yang memikat hatinya.

“Dia tak mahu membuang masa dalam hubungan ini. Saya juga mahu perkara sama. Semuanya bagai tersusun cantik. Dia lelaki yang mementingkan keluarga, agama dan matang.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: IG Emma, BH

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara