Connect with us

Entertainment

Durian Berharga RM500 Sebiji ‘Sold Out’, Dibeli Oleh Menteri Sumber Manusia

Published

on

Semalam tular satu video di mana seorang lelaki bernama Wan Mahussin Wan Zain yang mahu menjual sebiji durian berharga RM500. Durian itu dikatakan masih segar kerana baru sahaja jatuh daripada pokok.

Kenapa sebiji durian mampu mencapai harga RM500? Adakah ia dari baka Musang King? Rupa-rupanya, durian itu dijual pada harga yang mahal kerana ia telah j4tuh daripada pokok dan menghempap keretanya sehingga p3cah cermin belakang.

Di dalam video tersebut, Wan Mahussin menunjukkan bagaimana cermin belakang kereta miliknya yang pec4h sehingga berlubang besar disebabkan durian yang j4tuh daripada pokok.

Terbaharu, melalui perkongsian halaman Malaysia Most Viral, difahamkan bahawa durian berharga RM500 itu sudah dijual kepada Datuk Sri M. Saravanan Murugan, Menteri Sumber Manusia.

Di dalam tangkap layar yang tular di media sosial, dipercayai bahawa Saravanan telah menghubungi Wan Mahussin bagi menawarkan diri untuk membeli durian yang berharga RM500 terbabit.

Namun hajat Saravanan untuk membeli durian tidak kesampaian kerana diberitahu oleh Wan Mahussin bahawa durian itu sudah di makan olehnya.


Bagaimanapun, Saravanan tetap meminta nombor akaun bank milik Wan Mahussin bagi menyalurkan sedikit wang untuk beliau membaiki cermin kereta belakang yang pec4h dihempap durian tersebut.

Sejak video tersebut tular, cerita Wan Mahussin banyak dikongsi beberapa media dalam talian. Selain itu ia juga tular di laman sosial yang lain seperti Facebook, Instagram dan Twitter.

Kesan kepada video yang tular tersebut, Wan Mahussin dalam perkongsian terbaharunya menyatakan bahawa dia kini sudah ditawarkan untuk menjadi salah seorang duta kepada jenama Durian Mochi.

 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Ariana Rose

Sumber:thevocket

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara