Connect with us

Entertainment

Dulu Terbang Di Langit Biru, Sekarang Pecah Record Sale 1 Juta Setahun!

Published

on

Jangan biarkan apa yang berlaku semalam mengh4ntui hidup anda hari ini. Setiap pengalaman itu adalah proses kematangan agar menjadi lebih optimis dengan liku-liku kehidupan.

Bagi Nurfarahshazreen binti Mohamad Mustaffa, 31 tahun, redha dengan perjalanan yang dilaluinya. Beliau terus bangkit dengan memulakan langkah kaki kanan. Buat dengan penuh keyakinan. Ceburi bidang niaga, tidak ada teknik betul atau salah. Cuma ada untung dan rvgi. Buat dulu baru tahu…

“Saya merupakan stokis produk Dmagia selama setahun. Sebelum ini saya merupakan salah seorang pramugari Airasia yang terk3san akibat C0VID-19. Pengalaman sebagai anak kapal selama 7 tahun banyak mengajar saya untuk berdepan dengan ragam dan karenah orang.

Selepas pand3mik mel4nda, saya dibuang kerja dan hil4ng pvnca pendapatan. Seketika itu saya ter4sa hil4ng arah tetapi tidak terlalu lama membuai emosi kec3wa. Saya tidak mahu menoleh ke belakang lagi, buka mata untuk lihat masa hadapan yang lebih luas. Melihat ke belakang hanya menyempitkan usaha dan menyakitkan kepala.

Alhamdulillah saya percaya pada rezeki Allah SWT itu luas, saya diberi peluang oleh kawan baik sendiri yang merupakan produk founder Zulin Aziz untuk menjadi salah seorang stokis produk. Saya bermula dari bawah, belajar dan belajar untuk berjaya menjadi seperti Superwoman perniagaan lain yang saya kagumi,” ujar Nurfarahshazreen dengan penuh semangat.

“Pengalaman yang paling sukar dilupakan adalah pada ketika saya ambil keputusan untuk buat bisnes. Masa tu saya seorang saja yang tiada pengalaman berbanding orang lain yang bertahun-tahum dalam dunia bisnes.

Rasa m4lu timbul sebab tidak tahu mana nak start dulu. Tapi saya segan nak bertanya dan belajar. Alhamdulillah kini dah nak masuk setahun saya buat bisnes dan dalam masa setahun saya berjaya pecah rekod buat sales sejuta pertama.

Mungkin bagi orang yang hebat perkara ini tiada apa-apa, tetapi bagi seseorang yang tiada pengalaman bisnes, saya rasa syukur yang ter4mat sangat. Saya juga gembira bila dapat selesaikan hut4ng-hut4ng loan pada musim pand3mik dengan duit keuntungan bisnes. Alhamdulillah.

Keadaan ini saya banyak belajar, kalau kita tak cuba kita tak akan tahu kemampuan kita. Tak usah bersaing atau berlawan dengan sesiapa. Jangan fikir tentang pesaing pun. Itu semua persepsi kita sahaja. Lebih baik fokus kepada usaha kita. Percaya pada diri dan doa kepada Allah untuk mempermudahkan perjalanan kita. InsyaAllah,” jelas Nurfarahshazreen sambil tersenyum.

Apakah cabaran sekarang sebagai seorang peniaga dalam keadaan C0VID? Tentunya sebagai seorang peniaga yang mempunyai anak team, saya t3rkilan apabila tak dapat jumpa team bawah saya untuk beri training dan motivasi secara berdepan. Kepuasan itu kurang berbanding dengan hanya bekerja secara online sepanjang masa.

Saya sentiasa memberi kata semangat dan motivasi untuk team, jangan mudah berpvtus asa. Ingat balik macam mana susah payah kita nak mulakan sesuatu bisnes dulu. Usah sia-siakan pengorbanan dan penat lelah kita disebabkan sedikit masalah.

Percayalah setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian. Mintak pada Allah, DIA yang memberi rezeki. Yakin pada diri yang kita pasti boleh berjaya, jangan st0p berusaha, mencari Ilmu dan berdoa pad Allah,” jelas Nurfarahshazreen yang setiap hari akan ada jadual dalam diarinya dan setiap malam wajib tulis semua perkara yang perlu dibuat esok supaya dapat diselesaikan dengan teratur.

Harapan beliau pada masa hadapan, “Saya masih memberi ruang untuk diri saya belajar dalam dunia bisnes. Insyallah selepas saya mempunyai pengalaman dan team yang kuat saya memasang impian untuk membuat produk kecantikan jenama sendiri dan saya akan pastikan produk saya itu dapat membantu ramai orang di luar sana dengan membuka peluang pekerjaan. Insyaallah,” bicara Nurfarahshazreen yang sentiasa mendapat sokongan kuat dari suami tercinta.

Sumber:nona

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Ariana Rose

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara