Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi atau lebih dikenali sebagai Elly Mazlein ialah seorang penyanyi, pelakon, pengacara dan pelawak wanita Malaysia. Elly telah berkahwin sebanyak dua kali. Beliau pernah mendirikan rumah tangga dengan pengacara drama, Azmi Hatta, pada 9 November 2014. Namun begitu, perkahwinannya itu hanya bertahan selama 11 bulan. Hasil dari perkahwinan tersebut, mereka telah dikurniakan seorang anak perempuan bernama Puteri Sara Sefhia. Setelah 5 tahun menyendiri, Elly telah bertemu dengan pilihan hatinya iaitu Mohamad Azlan Che Nuh, seorang pendidik mengajar subjek Geografi dan berusia 10 tahun lebih muda daripadanya. Pada 18 Januari 2020, mereka mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga. Mereka mengumumkan kehamilan beliau yang kedua pada April 2021. Pada 23 Oktober 2021, Elly dan suaminya, Mohamad Azlam dikurniakan cahaya mata lelaki yang diberi nama Haider Mateen.
Menerusi satu klip video pendek di akaun Tiktok milik faridsinclair menujukkan Elly Mazlein dan Nabil Ahmad yang menjadi pengacara kepada rancangan televisyen popular Malaysia pada malam tadi. Klip video tersebut menunjukkan Elly yang mengatakan beliau hendak menyanyi juga di pentas tersebut. Lalu Nabil mengatakan dulu masa Elly mendapat ‘chance’ untuk menyanyi tiap-tiap minggu di Gegar Vaganza musim ke-3 tarik diri. Sekarang, apabila beliau menjadi pengacara rancangan tersebut, barulah hendak menyanyi. Rata-rata penonton bersorak mendengar kata-kata yang Nabil lontarkan kepada Elly tersebut.
Klip video tersebut mendapat sambutan hangat dan mempunyai sebanyak 315.7K tontonan, 12.8K sukaan dan 110 komen. Jangan lupa komen yang baik-baik.
Lihat klip video di bawah:
Lihat juga apa kata orang ramai:
@-:yang penting nabil tak pandai baca iklan sebab selama ni jihan je baca
@fkhrst:kak lina active semacam sbb tengah shoot kampung people 3 tu, so energy dia sentiasa ada
@user5872258535166:Kak Lina steady..wp kena bahan Hj Nabil..tpi kak lina best tak moody..no syatu la Kepom
@roslinda4282:lagi satu setepek kena masa najib sindir partner dia dh bertubung..dia bila plak..
@Shira Ness:hhhhhhahaahaha setepek dapat kak Lina
@Noor Leez:Terbaik la korang… Tmbh lg satu ank emas Astro
@MisterIz:bila mana plakon jdi pngacara, letopp hahaha
@Syuk Kicuk:So, memang terbuktilah.. Cuma JIHAN MUSE jer yang boleh CONTROL nabil.. Dapat kat kak Lina, macam² PELURU nabil bawak keluar.. Kaw² malam tadi..
Sumber: Tiktok, Wiki