Connect with us

Entertainment

Did4kwa Cur4ng Dengan Dua Lelaki Oleh Suami, Ini Reaksi Dari Nadia Brian.. “Saya minta maaf……”

Published

on

Suami pelakon Nadia Brian, Muizz Nasruddin mend4kwa isterinya itu berlaku cur4ng melibatkan dua orang lelaki.

Dalam pada itu, Muizz juga mengatakan dia dan Nadia tidak lagi tinggal sebumbung selama hampir tiga bulan.

Ekoran itu, Gempak telah menghubungi Nadia untuk mendapatkan sedikit komen mengenai kenyataan suaminya itu.

Menurut Nadia, dia tidak mahu memberi komen lanjut kerana menganggap isu ini terlalu perib4di.

“Saya minta maaf, setakat ini saya tak nak komen apa-apa lagi, ini terlalu peribadi.

“Apapun, doa yang baik-baik, sebab bagi saya, banyak lagi isu yang lebih berat dan penting berbanding kisah kecil saya ini,” tulis Nadia menerusi aplikasi Whatsapp kepada Gempak pada 7 Oktober 2020.

Sementara itu, Nadia turut mengakui tempoh perkahwinannya bersama Muiz belum panjang dan proses mengenali antara satu sama lain berlaku dengan pantas.

“Saya pun berkahwin sekejap dan proses mengenali itu pun pantas, doakan yang baik-baik,” tulisnya lagi.

Imbas kembali, Muizz dan Nadia mendirikan rumah tangga pada 9 November tahun lalu di Magica Hall, Shah Alam selepas dua tahun berkenalan.

Terdahulu

“Terima Bukti Video Kecur4ngan Isteri Dari Seseorang”.. Suami Dedah Nadia Brian Cur4ng Dengan ‘Dua Lelaki’..

Hangat diperkatakan mengenai pergol4kan rumah tangga pelakon Nadia Brian apabila suaminya, Muizz Nasruddin memuat naik gambar hitam putih ketika hari bergelar suami berserta status seolah dirinya dikhi4nati.

Tampil membuka mulut mengenai kem3lut rumah tangganya, Muizz mengesahkan mereka masih lagi suami isteri namun tidak lagi tinggal sebumbung sejak tiga bulan lalu. Ujarnya, bukan dia mengh4lau isterinya keluar namun Nadia enggan untuk kembali.

“Kami masih suami isteri, ketika ini. Cuma, saya dan Nadia sudah tidak tinggal sebumbung sejak hampir tiga bulan lalu.

“Saya tak pernah mengh4lau Nadia keluar pada dari rumah. Malah, saya berkali-kali mengajak Nadia untuk kembali tinggal bersama. Namun, isteri menol4k dan membuat keputusan untuk tinggal di rumah ibunya,” katanya kepada BH Online.

Menjelaskan mengenai luahan hatinya di Instagram itu, Muizz berkata ianya adalah benar bahawa dia dih1na dan di4niaya. Katanya dia sudah cuba untuk selesaikan mas4lah rumah tangga mereka namun Nadia tidak mahu bekerjasama.

“Entri saya dalam IG bukan cerita rek4an. Saya memang dih1na, dih4lau, dikhi4nati dan di4niayai. Saya cuba menghubungi ibu dan keluarganya untuk menyelesaikan mas4lah antara saya dengan Nadia dengan baik. Namun, semuanya hanya sia-sia.

“Saya sedaya upaya mahu menyelamatkan rumah tangga, tetapi Nadia tidak mahu memberi kerjasama,” katanya.

Dalam pada itu, lebih meng3cewakan Muizz mendedahkan dia turut menerima bukti video kecur4ngan Nadia yang dihantar oleh seseorang.

“Nadia bukan cur4ng dengan seorang, tetapi dua lelaki. Saya ada bukti yang cukup. Saya berada dalam posisi yang betul,” dakwanya.

Sementara itu, Nadia yang dihubungi enggan memberikan sebarang komen mengenai perkara itu kerana menganggap isu pergol4kan rumah tangga cukup peribadi, selain keadaan p4ndemik COV1D-19.

Sumber: Gempak, Rotikaya

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara