Connect with us

Entertainment

Dua Hari Menangis, Nabila K3cewa

Published

on

Penyanyi Nabila Razali mengakui men4ngis selama dua hari selepas mengumumkan tidak dapat menyanyikan lagu Peluang Kedua pada peringkat separuh akhir Muzik Muzik 3 (SFMM 35) baru-baru ini.

Jelas Nabila yang disahkan mengalami mas4lah peti suara memberitahu, tang1san itu disebabkan perasaan ralat kerana sudah lama menanti untuk muncul dalam pertandingan itu sejak lagi Pematah Hati.

“Saya sedih tak dapat menyanyikan lagu sendiri sebab saya sudah menunggu dari lagu Pematah Hati lagi, kali ini masih tiada rezeki.

“Apabila lagu Peluang Kedua dapat ke semi final Muzik-Muzik 35, saya dapat tahu pula tak boleh menyanyi, hati saya h4ncur. Dua hari saya men4ngis! Memang rasa ‘broken heart’.

“Tapi saya percaya apa yang berlaku ini ada hikmahnya,” katanya kepada Gempak.

Tambah Nabila, dia enggan mengambil ris1ko untuk meneruskan juga persembahannya kerana risau jangkaan peminat yang meletakkan harapan tinggi terhadap lagu itu.

“Proses ini panjang, ia membabitkan latihan dan sebagainya. Kalau saya buat juga mungkin saya tak boleh beri komitmen dan akhirnya tidak dapat berikan apa yang sepatutnya.

“Kalau peminat saya dengar dan hasilnya tidak seperti diharapkan ia akan mengh4ncurkan hati mereka pula. Biarlah hati saya hancvr awal daripada banyak lagi benda datang kemudian,” tambahnya.

Ditanya mengenai penyanyi gantian yang bakal menyanyikan Peluang Kedua pada SFMM 35 nanti, Nabila enggan berkongsi lanjut.

“Insya-Allah, penyanyi gantian ini akan memberikan impak besar daripada apa yang saya boleh bagi. Siapa yang akan nyanyi, tak boleh kongsi lagi.

“Kalau diberi pilihan, saya tak boleh letak nama siapa-siapa. Cukup untuk saya tahu dia boleh beri rasa dan impak sama untuk SFMM 35 nanti,” katanya.

Pusingan ketiga SFMM 35 yang dijadual berlangsung pada Ahad lalu terpaksa ditunda ekoran penyanyi Alif Satar disahkan pos1tif Cov1d-19 yang juga terbabit dalam pertandingan itu pada Jumaat minggu sama.

Difahamkan pusingan ketiga SFMM 35 itu akan disambung selepas 14 hari iaitu tempoh kuar4ntin bagi semua kru, pengacara dan penyanyi terbabit tamat.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Gempak

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara