“Dua-Dua Kehilangan Pasangan Hidup…” -Ramai Sebak Dgn Reaksi Shuib, Apabila Siti Nordiana Menyanyikan Lagu Arwah Siti Sarah

Shahmira Muhamad atau dikenali sebagai Shuib, dilahirkan pada 12 September 1984 berasal dari Johor Bahru, Johor. Beliau sepranh pelawak, pelakon, pengacara, penyanyi dan penyampai radio Malaysia. Shuib ialah bekas ahli kumpulan Sepah yang telah menjadi juara rancangan realiti Raja Lawak musim ketiga pada tahun 2009 dan juga Maharaja Lawak pada tahun 2011. Selepas Sepah berpecah, Shuib menganggotai kumpulan Sepahtu bersama Jep.

Siti Nordiana nama yang tidak asing lagi di dalam industri muzik, dilahirkan pada 22 November 1984 berasal dari Seremban, Negeri Sembilan. Beliau seorang penyanyi, pengacara, ahli perniagaan dan pelakon wanita Malaysia. Memulakan kerjayanya dalam bidang muzik pada usia 15 tahun selepas menandatangani kontrak rakaman bersama FMC Music di mana beliau telah menerbitkan sebanyak 5 album studio. Nama beliau kembali meningkat naik selepas menyertai dan menjuarai Gegar Vaganza musim kedua.

Dalam video klip ini menunjukkan, dimana Shuib meminta Siti Nordiana menyanyikan lagu dari arwah Siti Sarah berjudul ‘Bersamamu’. Shuib kehilangan isteri tercintanya Siti Sarah pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan C0vid-19 di HUKM. Reaksi Shuib apabila Siti Sarah menyanyi lagu itu membuatkan orang ramai sebak melihat betapa rindunya kepada isterinya.

Lihat klip durasi pendek nyanyian Siti Nordiana:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DaebaKing (@daebakingz)

Lihat apa juga kata orang ramai:

@Samsiah Dyana:Sedap suara Siti Nordiana,bawakan lagu Arwah Siti Sarah.sy dgr lagu nie,penuh penghayatan.

@QasehQaisarah87:sedap nana bawa lagu nie.. tpi still tak blh dngr lagu arwah siti sarah..auto jadi sebak dan sedih.. Al- Fatihah Buat Arwah

@rosynsalim:Lembutnya suara Nana. mmg Nana sengaja bawakan lagu ni caranya tersendiri. So,Siti Sarah ttp tuan punya lagu. Sayunya lagu ni. Nana pulak yg nyanyikan

@Asmaralara:suara Sara lg’ lunak merdu ,Nama pun suara sedap jugak Ada kelebihan msing² trlihat suib wajah kerinduan yg mendalam

@Siti Rohani:sedih dengar lagu ni..suara nana lebih kurang dgn arwah siti sarah..

@Mariah Mariah 71:sedih dgn lagu ni..suara Nana lebih kurang suara arwah Sarah… Al-Fatihah buat arwah Siti Sarah

Netizen turut memberi kata-kata yang positif diruangan komen, mengatakan berasa sebak dan sedih melihat reaksi Shuib sambil dinyanyikan oleh Siti Nordiana. Nyanyian Siti Nordiana juga mendapat pujian dari orang ramai mengatakan, nyanyiannya merdu seperti arwah. Perkongsian video klip di Tiktok ini dapat sambutan orang ramai sebanyak 432.3K penonton, 24.6K sukaan dan 355 komen.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Daebakingz, Wikipedia dan Tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*