Kecoh dalam sosial media apabila Dr Amalina memberi pendapat nya tentang ucapan daripada Prof Muhaya. Dalam halaman Twitter miliknya, Dr Amalina berkongsi dengan pengikut pengikutnya mesej mesej yang diterima daripada masyarakat yang tidak bersetuju dengan pendapatnya.
Dr Amalina turut meluahkan perasaan nya apabila dirinya seringkali menjadi serangan netizen walaupun ramai Doktor-doktor lain, ‘public figure’ yang lain yang turut punyai pendirian yang sama dengan nya. Namun akhirnya, diri nya juga yang dipersalahkan oleh masyarakat. Disini, min rimbabara berharap orang ramai agar mendoakan kebaikan pada semua orang dan punyai sikap hormat menghormati sesama manusia.
Dr Amalina berkongsi beberapa keratan mesej yang melontarkan kata kata kesat pada dirinya:
Terdapat juga selebriti yang menyokong dan memberi kata kata semangat buat Dr Amalina iaitu Sarimah Ibrahim:
“Maaf kerana anda terpaksa menerima komen yang kurang ajar dan penuh kebencian. Sudah menjadi kebiasaan pada masa ini bagi mana-mana wanita yang menjadi tokoh masyarakat untuk diserang di media sosial jika dia bercakap fikirannya, sering disalahfahami untuk menjadi sombong atau tidak berhubungan dengan konsensus umum. Ia sangat menyedihkan. ”
Terdahulu, kata kata Dr Amalina mengenai ucapan Prof Muhaya:
“Saya minta maaf, tetapi ibu saya tidak membesarkan saya untuk menjadi ‘bodoh-bodoh sikit’ di hadapan lelaki supaya dapat bertemu jodoh.
“Wanita tidak sepatutnya merendahkan tahap intelektual supaya dapat menarik perhatian lelaki,” katanya dalam satu hantaran di aplikasi Twitter hari ini.
Muhaya menjadi perhatian ramai apabila satu rakaman video perkongsiannya berkaitan isu ‘kenapa wanita lambat dapat jodoh’ mengundang kritikan netizen.
Pakar motivasi itu menyatakan seorang wanita “biarlah macam bodoh-bodoh sikit” dalam mengambarkan sikap lemah lembut wanita yang disukai lelaki.
Terdahulu Muhaya menyatakan kedudukan lelaki masih sebagai ketua dan imam bagi seorang wanita walau jawatan seseorang wanita itu lebih tinggi.
Katanya, wanita perlu meraikan kepimpinan lelaki dan tidak terlalu sibuk mahu berdiri sama tinggi dengan lelaki dan terlalu mahu berdikari kerana boleh mengakibatkan lambat dapat jodoh.
“Orang lelaki suka wanita lemah lembut, yang mengharapkan, suka ditolong. Biarlah macam bodoh-bodoh sikit,” katanya
Sumber: kosmo