Connect with us

Artis

“Doakan semoga kami bahagia” – Lelaki Sarawak Kahwini 2 Wanita Serentak

Published

on

Hidup dalam berpoligami itu memang satu kebiasaan yang kita selalu dengar, malah dengan zaman-zaman media sosial ini, siap ada lagi video isteri mengiringi suami untuk bernikah lagi satu.

Tetapi, jarang sangat-sangat kita dengar yang suami kahwin 2 sekaligus macam kes yang berlaku di Sarawak ini.

Doakan semoga kami bahagia kekal hingga ke Jannah.

Menerusi Kosmo! Ia menjadi perhatian selepas jurufoto untuk pengantin ini kongsikan gambar mereka bertiga menerusi Facebook miliknya, Mohamad Muhidin.

“Dua hati satu cinta, Sieytha Rieytha dan Jafarrudin Morni dan Mazlinah Tahaau. Akhir kata dari saya perghh perghh,” katanya dalam ruangan caption.

Foto ini dikongsikan pada 2 Disember lepas dan kini telah meraih lebih daripada 1,600 jumlah perkongsian.

Salah seorang daripada pasangan tersebut, Sieytha Rieytha berkata, dia meminta orang ramai mendoakan bahtera perkahwinan yang dibinanya.

“Bismillahirrahmannirrahim, Alhamdulillah.Doakan semoga kami bahagia kekal hingga ke Jannah. #Naik pelamin dengan akak madu Mazlinah Tahaau. Semoga kita bahagia bersama suami tercinta Jafarrudin Morni, (2.12.2021) Khamis di Majma Mall Kuching, Sarawak.”

Hati kau keras Roy – Netizen

Ramai netizen mendoakan kebahagiaan mereka disamping ucapan tahniah buat pengantin ini, malah ada juga yang memberi pesanan kepada si pengantin lelaki agar sentiasa bersikap adil.

Rasanya tak perlu dijadikan isu seandainya jika mereka rela, asalkan mampu dan berlaku adil untuk memberikan nafkah dan kasih sayang sama rata.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: LM

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara