Kita diajar untuk sentiasa berbuat baik dengan sesiapa sahaja tanpa mengambil kira latar belakangnya. Sama seperti yang dilakukan oleh individu ini terhadap rakannya yang merupakan lelaki warga Pakistan.
Video seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Nora Azizah yang berkongsi rezeki dengan salah seorang pekerja mengundang juga rasa terharu wargamaya menontonnya.
Melalui video itu bagaimanapun wanita itu berkata pada mulanya lelaki warga Pakistan berkenaan tidak percaya dan menganggap dia bergurau apabila ingin membelikannya nasi ayam.
Namun begitu, apabila dia membawakan nasi ayam itu kepadanya terus dia begitu seronok dan dia merakam rakannya itu menikmati nasi ayam tersebut.
Walau bagaimanapun, dia juga berkata bahawa lelaki itu tidak henti-henti mengucapkan terima kasih kepadanya.
Syukur Alhamdulillah…😊😊
Tindakan baik individu itu berkongsi rezeki membuatkan wargamaya mendoakan dirinya disamping menghujani komen dengan memberikan pujian buat dia.
Disamping hantaran video yang dimuat naik itu ditinggalkan ribuan tanda suka oleh wargamaya terhadap dirinya.
“Siapa pun dia, bangsa, agama berbeza mereka dan kita sama je. Jadi jangan anggap sesiapa pon h1na”
“Haish baik sangat awak ni. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki”
“Murah rezeki awak maybe dia tak pernah rasa nasi ayam tu sedap bagi dia”
SumberNora Azizah
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Ariana Rose