Masih ingatkah lagi dengan sebuah iklan tempatan sekitar tahun 2006 berjudul ‘Waspada Per4gut’ yang dilakonkan oleh pelakon veteran, Wan Maimunah?
Tidak dinafikan, iklan tersebut sering kali ditayang di televisyen hingga kita sendiri boleh menghafal babak-babak iklan tersebut. Sehinggakan, iklan tersebut dijadikan troll oleh netizen.
Wajah lelaki yang melakonkan watak per4gut itu menjadi popular di media sosial gara-gara ramai yang suka menjadikan ia sebagai bahan meme.
Ramai juga tercari-cari dimanakah pelakon per4gut itu sekarang termasuklah Wan Maimunah sendiri.
‘Per4gut’ Wan Maimunah Kini Giat Ragut Pahala Sambil Berniaga Sambal Ragut
Kini ‘Per4gut’ Wan Maimunah kini giat ragut pahala sambil berniaga sambal ragut.
Biarpun sudah 15 tahun berlalu, iklan Waspada Per4gut yang menampilkan pelakon veteran Wan Maimunah masih lagi diingati sehingga kini.
Bukan hanya watak utamanya yang diingatii rakyat Malaysia, tetapi juga watak per4gut yang tampil dalam iklan berkenaan.
Wan Maimunah Pergut
Hujung tahun lalu, pelakon yang melakonkan watak per4gut dalam iklan berkenaan, Mohd Uzreen Mohd Kassim meluahkan rasa terharu kerana iklan tersebut masih diingati sehingga kini walaupun ia tidak lagi ditayangkan.
Terkini, beliau yang mesra menggelarkan dirinya sebagai Abang Shim dikatakan sedang menjalankan perniagaan sambal secara kecil-kecilan yang diberi nama Sambal Ragut.
Tidak terhenti di situ, Abang Shim juga aktif menjalankan kerja-kerja kebajikan yang dipanggil sebagai projek #ragutpahala.
Maybank Berhad
564397124637
Komuniti Harmoni Kita
Sekiranya anda mahu membeli produk Abang Shim, anda bolehlah klik di pautan ini: Sambal Ragut
Terdahulu, Abang Shim berkongsi yang itu adalah kali pertama menerima tawaran berlakon dalam iklan berkenaan kerana tiada pekerjaan ketika itu.
Mohd Uzreen yang kini bekerja sebagai pemandu lori ditawarkan berlakon dalam iklan oleh seorang rakan yang ketika itu bekerja di Filem Negara Malaysia (FNM).
Katanya, tawaran itu datang secara spontan dan tiada pengalaman berlakon. Oleh sebab tiada pekerjaan ketika itu, dia hanya menerima untuk mencuba walaupun rasa agak kekok dan susah untuk melakukannya.
Walaupun tiada pengalaman, Mohd Uzreen menganggapnya sebagai kenangan terindah terutama apabila digandingkan dengan pelakon veteran seperti Wan Maimunah.
‘Per4gut’ Wan Maimunah Lahir Rasa Terharu Aksinya Diingati
Memetik sumber Harian Metro, pelakon per4gut yang dikenali sebagai Mohd Uzreen Mohd Kassim berasa terharu kerana iklan itu masih diingati sehingga kini walaupun tidak lagi ditayangkan di kaca televisyen.
Berkongsi pengalamannya, dia pertama kali menerima tawaran berlakon dalam iklan berkenaan kerana tiada pekerjaan ketika itu.
Mohd Uzreen yang kini bekerja sebagai pemandu lori ditawarkan berlakon dalam iklan oleh seorang rakan yang ketika itu bekerja di Filem Negara Malaysia (FNM).
Katanya, tawaran itu datang secara spontan dan tiada pengalaman berlakon. Oleh sebab tiada pekerjaan ketika itu, dia hanya menerima untuk mencuba walaupun rasa agak kekok dan susah untuk melakukannya.
Walaupun tiada pengalaman, Mohd Uzreen menganggapnya sebagai kenangan terindah terutama apabila digandingkan dengan pelakon veteran seperti Wan Maimunah.
“Ibu (Wan Maimunah) seorang pelakon yang profesional dan tidak kisah saya menolaknya dengan betul sekalipun kerana mahu adegan kami nampak hidup,” katanya.
Sebelum ini, Wan Maimunah ada meluahkan hasrat untuk bertemu kembali dengan pelakon per4gut terbabit.
BACA: “Sudah 20 Tahun Orang Masih Ingat Iklan Itu”, Wan Maimunah Berhasrat Mahu Jumpa ‘Per4gutnya’
Walau bagaimanapun, mereka berdua masih belum bertemu kerana difahamkan Wan Maimunah mempunyai masalah kesihatan.
Mohd Uzreen juga berkata, selepas iklan khidmat masyarakat berkenaan dia tidak menerima tawaran lain untuk berlakon.
Namun, impak yang diterimanya begitu besar sehingga ke hari ini terutama video iklan itu kembali tular di laman sosial beberapa bulan lalu.
Dalam pada itu, Mohd Uzreen mengakui pada mulanya marah dengan tindakan individu yang menjadikan wajahnya karikatur jenaka di laman sosial tetapi akhirnya menganggap ia sebagai hiburan saja.
SUMBER: https://odisi.my/, bartasangbad