Connect with us

Entertainment

Dih4lau Dari Rumah Sewa, Murid Tidur Dlm Kereta di Stesen Minyak. Trbongkar Kisah Lain Bila Cikgu Siasat

Published

on

Hampir empat tahun kisah yang dikongsikan Cikgu Mohd Fadli Salleh ini yang ditulis beliau pada 19 Januari 2017. Kisah ‘Si Buntat, 1001 kisah duka’ ini benar-benar menyentap hati para pembaca.

” Eh, muka awak macam Buntat la,” tegur kawan aku bila aku ajak murid ini masuk ke bilik guru.”

Kawan aku terus berlalu pergi. Dia ada kelas la tu, menegur sambil lalu je pun.

” Ya cikgu. Semua kawan-kawan saya panggil saya Buntat. Kawan ayah saya pun sama,” bersungguh-sungguh dia bercerita.

” Boleh tahan juga budak ni,” ujarku dalam hati. Tak dan aku tanya apa-apa, dia dahulu buka cerita. Dengan penuh semangat pula tu. Aku boleh agak dah, pasti ‘best’ ajak budak ni berborak kejap lagi.

” Cikgu dengar awak pernah tidur dalam kereta. Betul ke?”

” Betul cikgu. Tahun lepas la. Masa tu kan saya tahun 1. Sebab tu tahun lepas saya selalu tak datang sekolah.

Kadang-kadang ayah parking dekat stesen minyak Petron, kadang-kadang stesen minyak Petronas. Kat parking masjid pun kami pernah tidur cikgu,” jawabnya bersemangat.

Buntat ni bercerita seolah tidur dalam kereta itu sesuatu yang menyeronokkan. Macam gaya pergi melancong ke Disneyland riak muka dia. Tiada rasa bersalah, jauh sekali rasa sedih.

Lepas beberapa lama ‘menemuramah’ si Buntat yang ceria ini, aku memutuskan untuk menziarahi rumahnya pula. Nak kenal ibu ayahnya. Nak mendengar kisah mereka.

Pergi sendiri ke rumah untuk s1iasat

Pulang dari sekolah, aku menemui si ayah. Minta izin hendak ziarah rumah mereka. Terus dialu-alukan. Maka, aku mengekori motor Ex-5 buruk ayah si Buntat, masuk ke Kampung Kerdas 5, Gombak.

Naik ke rumah mereka, tiada orang dirumah. Perabot? Satu apa pun tiada. Bersila di lantai menghadap dapur. Atas lantai dapur, ada 2 periuk nasi. Satu agak baru, satu sudah buruk. Aku hanya memerhati sekeliling sebelum mula membuka bicara,

” Bang, kenapa Buntat tak datang sekolah semalam?”

(aku panggil nama benar anak dia la. Takkan panggil Buntat depan ayah dia. Balik dengan ambulan aku nanti)

” Maaf cikgu. Semalam saya tak sempat hantar dia. Saya bawa dia berniaga air di Jalan Tun Perak. Depan bank sana.

Susah meniaga sekarang cikgu. Air tak laku. Dapat berapa sen je semalam.

” Semalam, periuk kat dapur yang baru tu saya nak jual, tapi tak ada orang nak beli. Nak buat duit belanja Si Buntat ni. Tapi dah tak ada duit, dia pergi ke sekolah dengan bekal air je la,” ujar si ayah.

” Biasa la bang. Rezeki ni Allah tentukan. Kadang ada, kadang tiada. Dengar-dengar abang pernah tidur dalam kereta. Betul ke?” Pancingku hendak mengetahui kisah mereka.

Kena halau dari rumah sewa

” Ya cikgu. Lepas kena halau dari rumah sewa, kami merempat dalam kereta. Kadang tidur di masjid, kadang tidur di surau stesen minyak.

Sehinggalah MAIWP kutip kami kat stesen minyak Petronas Gombak tahun lepas. Diletaknya kami dirumah transit.

Dijanjikan 3 bulan kami boleh tinggal kat situ. Selepas 3 minggu, kami diminta pergi. Kawan-kawan pakat kumpul duit, carikan rumah ini. Ini pun, tuan rumah dah merungut sewa tak bayar. Disuruh keluar jika tak boleh bayar.

” Cikgu, ini je rezeki hari ini,” katanya sambil mengeluarkan not RM1 lima keping dari poket seluarnya.

Aku hanya mengangguk sahaja. Senyum dan terus menadah telinga. Banyak lagi kisah dia ingin cerita.

Menurutnya Si Buntat pakai baju sekolah tahun lepas, mereka memang papa kedana. Adik beradik dan saudara ramai di K.L ni, tapi bila miskin, tiada siapa mendekat.

” Kereta dulu pun kawan bagi pinjam. Kereta tak bayar bank 9 bulan. Dah kena tarik lama dah. Motor Ex-5 tu pun motor pinjam cikgu. Nak buat macam mana, ini nasib saya,” ujar dia bersahaja.

Gaya dia bercerita macam Si Buntat juga. Tiada nada sedih, tiada hiba. Seolah dia sedang bercerita perihal orang lain pula. Sedangkan semua kisah ini tentang dia dan keluarga.

Aku hanya mengangguk kecil. Tanda faham sahaja. Sedang yang mengalami, hanya keluarga mereka. Hanya mereka merasa kesukaran dan keperitan hidup diuji Kholik di atas sana.

Makan minumnya tidak pernah cukup. Tempat tinggal tetap tidak pernah ada. Pakaian pun sekadar cuma. Allahu.

Panjang cerita tadi, kalau aku tulis semua, sampai minggu depan tak siap lagi status ini. Cukuplah sekadar itu.

Kau bayangkan sendiri bagaimana tinggal di dalam kereta, di surau stesen minyak dan di masjid-masjid. Alang kita sehari tiada air rasa susah gila, kau bayangkanlah hidup mereka berbulan-bulan merempat ditepi jalan.

” Abang, sewa rumah abang jangan risau. Saya bayarkan untuk abang. Dan nah sedikit rezeki Allah taala kirim kat abang melalui saya.

Ini bukan duit saya. Ini duit sumbangan sahabat-sahabat saya. Saya minta tolong abang buat sembahyang hajat agar beberapa hajat penyumbang ini didengari Raja kita di atas sana.

Doa orang susah ni rapat dengan tuhan bang. Abang tolong ya,” ujarku seraya menyebut satu persatu hajat para penyumbang.

Bergenang air mata, digenggam erat tangan

” Cikgu. Cikgu. Cikgu….,” bergenang air mata dia. Tak dapat dihabiskan ayat itu. Digenggam erat tangan aku bagai tidak mahu dilepaskan Ayah Buntat.

” Saya akan doakan cikgu. Saya akan buat sembahyang hajat. Maaf cikgu, saya tak boleh tahan. Sedih sangat.

Saya ingat cikgu sekadar datang berziarah. Tak sangka pula cikgu nak bagi duit,” sebak kedengaran suaranya.

Aku hanya tersenyum dan berkata,

” Abang, saya cuba bantu sekadar yang mampu. Nanti saya cuba cari jalan untuk abang berniaga air dengan lebih baik. Mungkin kena tukar tempat berniaga, mungkin kena tukar produk air abang tu.

Nanti saya bincang dengan kawan saya, Ahmad Zeet, otai bab air ni bang. Mana tahu dia ada lubang dan cara untuk abang majukan lagi perniagaan abang,” ujarku lagi.

” Terima kasih cikgu. Terima kasih banyak-banyak. Saya tak tahu nak cakap macam mana lagi. Nanti saya doakan sahabat-sahabat cikgu ni ya,” balas dia.

Setelah mereka menghantarku ke motor, aku berlalu pulang. Hari ini, sekali lagi Allah mendidik aku agar lebih bersyukur. Agar lebih menghargai segala nikmat yang aku kecapi.

Terima kasih keluarga Si Buntat. Terima kasih Allah!

Nota: Sehingga kini, Cikgu Mohd Fadli tetap sesekali menziarah bantu barang dapur, persiapan persekolahan dan sebagainya. Ekonomi mereka makin baik, Alhamdulillah.

Sumber:FB cikgu Mohd Fadli Salleh

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara