Connect with us

Entertainment

Ditawar Watak Makcik Ekstra.. Ini Reaksi Padu Didie Alias.. “saya bukan pelakon…..”

Published

on

Sebelum ini Didie Alias pernah menyuarakan ketid4kpuasan hatinya terhadap satu syarikat produksi yang menggvgurkan namanya pada saat akhir.

Katanya, sikap tid4k profesional seperti itu tidak patut wujud kerana ia meng4niaya pelakon.

“Sangkaan saya, syarikat produksi akan mengambil iktibar apabila saya meluahkan rasa tidak puas hati secara umum. Namun, sebaliknya berlaku. Tekaan saya mel3set apabila ada perkara lain yang membuatkan saya jadi lebih s4kit hati.

“Saya melihat m4salah bayaran ‘ciput’ masih menjadi amalan segelintir syarikat produksi yang tidak tahu menilai bakat seseorang anak seni.

“Bayangkan, saya pernah ditawarkan dengan bayaran RM15 jika dikira secara purata mengikut jumlah babak yang perlu dilakonkan. Syarikat produksi bijak. Untuk mengelakkan membayar pelakon mengikut episod, mereka menukarnya mengikut jumlah hari.

“Katakanlah jika perlu bayar satu episod RM1,000, kalau 30 episod jumlahnya tentu RM30,000. Justeru, mereka lebih suka bayar mengikut hari. Saya pernah menjadi Pengurus Produksi (PM) suatu ketika dahulu, jadi saya faham rentak permainan mereka. Cukup-cukuplah menganiaya artis, lagipun saya bukan pelakon baru yang boleh diperkot4k-k4tikkan,” katanya kepada BH Online.

Bukan itu sahaja, Didie juga beng4ng kerana ditawarkan watak pelakon tambahan atau makcik ekstra.

“Saya pernah dihubungi syarikat produksi menawarkan watak pelakon tambahan. Saya tidak faham apa yang bermain di fikiran hingga tergamak menawarkan saya watak ‘makcik ekstra’. Saya bukan nak kata diri hebat, tetapi saya sudah buktikan dalam drama lakonan sebelum ini.

“Saya tidak pernah berkira soal bayaran, tetapi apa yang saya minta adalah setimpal dengan hasil yang diberikan. Bukan sahaja dari segi lakonan, aspek lain lain termasuklah pakaian. Semuanya saya siapkan sendiri sebelum masuk set penggambaran.

“Saya boleh bertolak ansur. Contohnya, saya terbabit dalam drama bersiri ketika ini. Secara kebetulan, sekarang musim hujan dan banyak babak tert4ngguh. Saya faham dan tidak langsung meminta bayaran tambahan kerana terpaksa menunda penggambaran yang sepatutnya boleh disiapkan lebih awal,” tambahnya.

Kredit foto: IG

Sabarlah banyak-banyak ya Didie.

Sumber: CARI

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara